Pitutur guru sejati lima belas
Pitutur guru sejati lima belas
Wahai anakku ! Sekiranya kedua ibu bapamu memarahimu kerana
sesuatu kesalahan yang telah kamu lakukan maka kemarahan kedua mereka itu
adalah seperti baja untuk menyuburkan tanaman.
Wahai anakku ! Engkau akan dapat rasakan betapa beratnya
ketika mengangkat batu yang besar atau besi yang padat tetapi ada yang lebih
berat dari itu iaitu apabila kamu mempunyai tetangga yang jahat.
Wahai anakku ! Tidaklah dinamakan kebaikan sekalipun kamu
sibuk mencari dan mengumpul ilmu pengetahuan tetapi tidak pernah
mengamalkannya. Perbuatan ini tak ubah seperti seorang pencari kayu api yang
sentiasa menambah timbunan kayunya sedangkan ia tidak mampu untuk
mengangkatnya.
Wahai anakku ! Berhati-hatilah terhadap tutur tata dan
bicaramu, peliharalah budi bahasamu dan sentiasalah bermanis muka niscaya kamu
akan disenangi dan disukai oleh orang yang berada di sekelilingmu.
Perumpamaannya seolah mereka telah mendapat barang yang amat berharga darimu.
Wahai anakku ! Jika kamu mahu mencari sahabat sejati maka
kamu ujilah ia terlebih dahulu dengan berpura-pura membuatkan ia marah
terhadapmu. Sekiranya dalam kemarahan itu ia masih mau menasihati, menyedarkan
dan menginsafkan kamu, maka dialah sahabat yang dicari. Jika berlaku sebaliknya
maka berwaspadalah kamu terhadapnya.
Wahai anakku ! Bila kamu mempunyai teman yang karib maka
jadikanlah dirimu sebagai seorang yang tidak mengharapkan sesuatu apapun
darinya sebaliknya biarkanlah temanmu itu sahaja yang mengharapkan sesuatu
darimu.
Wahai anakku ! Jagalah dirimu selalu supaya tidak terlalu
condong kepada dunia dan segala kesenangan dan kemewahannya kerana Allah tidak
menciptakan kamu hanya untuk kehidupan di dunia sahaja. Ketahuilah tidak ada
makhluk yang lebih hina selain dari mereka yang telah diperdayakan oleh dunia.
Wahai anakku ! Janganlah kamu tertawa jika tiada sesuatu
yang menggelikan, janganlah kamu berjalan jika tiada arah dan tujuan, janganlah
kamu bertanya tentang sesuatu yang tidak memberi apa-apa faedah pun kepadamu
dan janganlah kamu mensia-siakan hartamu pada jalan maksiat.
Wahai anakku ! Sesiapa yang bersifat penyayang sudah tentu
dia akan disayang, sesiapa yang bersifat pendiam sudah tentu dia akan selamat
dari mengeluarkan perkataan yang sia-sia. Ketahuilah sesiapa yang tidak dapat
menahan lidahnya dari mengeluarkan ucapan kotor, sudah tentu ia akan menyesal
kelak.
Wahai anakku ! Bergaul dan berkawanlah dengan orang-orang
yang soleh dan berilmu. Bukalah pintu hatimu dan dengarlah segala nasihat dan
tunjuk ajar darinya. Sesungguhnya nasihat dari mereka bagaikan mutiara hikmah
yang bercahaya yang dapat menyuburkan hatimu seperti tanah kering lalu disirami
air hujan.
Wahai anakku ! Sesungguhnya kehidupan kita ini diibaratkan
seperti sebuah kapal yang belayar di lautan dalam dan telah banyak manusia yang
karam didalamnya. Jika kita ingin selamat maka belayarlah dengan kapal yang
bernama takwa, isi kandungannya ialah iman sedang layarnya pula ialah tawakal
kepada Allah.
Wahai anakku ! Bila kamu menerima dua undangan majlis, satu
majlis perkahwinan dan satu lagi majlis takziah kematian, maka utamakanlah
majlis kematian kerana dengan menghadiri majlis ini akan mengingatkan kamu
kepada kampung akhirat, sedangkan dengan menghadiri majlis perkahwinan akan
mengingatkan kamu kepada kesenangan dunia saja.
Wahai anakku ! Janganlah kamu terus menelan apa saja yang
kamu rasa manis dan meludah setiap apa yang kamu rasa pahit. Ingatlah, tidak
semua yang manis itu akan menjadikan kita segar dan tidak semua yang pahit itu
akan menjadikan kita segar.
“Anakku, jika makanan telah memenuhi perutmu, maka akan
matilah pikiran dan kebijaksanaanmu. Semua anggota badanmu akan malas untuk
melakukan badah, dan hilang pulalah ketulusan dan kebersihan hati. Padahal
hanya dengan hati bersih manusia bisa menikmati lezatnya berdzikir.
“Anakku, kalau sejak kecil engkau rajin belajar dan menuntut
ilmu. Dewasa kelak engkau akan memetik buahnya dan menikmatinya.”
Wahai anakku ! Carilah harta di dunia ini sekadar
keperluanmu sahaja dan nafkahkanlah hartamu yang selebihnya pada jalan Allah
sebagai bekalan di akhirat. Janganlah kamu membuat dunia ini kelak dirimu akan
menjadi pengemis dan membebankan pula orang lain tetapi jangan pula kamu
terlalu mengejar dunia sehingga terlupa bahawa kamu akan mati. Ketahuilah, apa
yang kamu makan dan pakai itu semuanya dari tanah belaka.
Wahai anakku ! Jangan kamu melantik seseorang yang bodoh
menjadi utusanmu. Jika tiada siapa yang lebih cerdas, pintar dan bijak maka
yang sebaiknya dirimu sendirilah yang menjadi utusan.
Wahai anakku ! Orang yang bersedia untuk mendengar nasihat
dan bimbingan dari orang yang lebih alim, maka dia layak untuk mendapat
penjagaan dari Allah tetapi bagi orang yang insaf dan sedar setelah menerima
teguran maka dia lebih layak untuk mendapat kemulian dari Allah.
“Anakku, aku sudah pernah memikul batu-batu besar, aku juga
sudah mengangkat besi-besi berat. Tapi tidak pernah kurasakan sesuatu yang
lebih berat daripada tangan yang buruk perangainya.”
“Anakku, sepanjang hidupku aku berpegang pada delapan wasiat
para nabi. Kalimat itu adalah:
1. Jika kau beribadah pada Allah, jagalah pikiranmu
baik-baik.
2. Jika kau berada di rumah orang lain, maka jagalah
pandanganmu.
3. Jika kau berada di tengah-tengah majelis, jagalah
lidahmu.
4. Jika kau hadir dalam jamuan makan, jagalah perangaimu.
5. Ingatlah Allah selalu.
6. Ingatlah maut yang akan menjemputmu
7. Lupakan budi baik yang kau kerjakan pada orang lain.
8. Lupakan semua kesalahan orang lain terhadapmu.
sumber :https://jiwa2kegelapan.wordpress.com
Komentar
Posting Komentar