Pitutur guru sejati 31
Pitutur guru sejati 31
Petikan dari kitab Ana Al’haq
Anda lihat dakwat , huruf hilang, anda lihat huruf dakwat
hilang. Huruf adalah dakwat pada hakikatnya.
ZAT ternyata pada anda dalam dua bentuk kesempurnaanNya :-
Pertama – Dengan JAMALNYA yaitu KEINDAHANNYA
Kedua – Dengan JALALNYA yaitu KEAGUNGANNYA
ZAT dalam peringkat ghaib tidak dapat diketahui. Diketahui
dari kesan 7 SifatNya. SifatNya berkehendakkan kenyataan mithalnya keupayaan
Iradat menjadi Kehendak, hayat menjadi Hidup dan seterusnya.
Tiap tiap benda adalah BENTUK SATU SIFAT. Bentuk bentuk
berbeza kerana berbezanya Sifat dan keadaan Sifat itu.
WUJUD MUTLAK dan pengetahuanNya disebut A’YAN, tidak dapat
dilihat. Yang dilihat ialah kesan kesannya. Zat tidak diketahui kerana ia GHAIB
MUTLAK. Pengetahuan yang sempurna mengenai Zat ialah TIDAK TAHU.
Peringkat peringkat nyatanaya Zat adalah seperti berikut :-
Pertama – Peringkat dimana Zat tidak menyatakan pada DiriNya
digelar GHIBUL GHUYUB.
Kedua- Peringkat dimana Zat menunjukkan kepada DiriNya
disebut AHDIYYAH atau Sempadan Pertama atau disebut juga sebagai HAKIKAT
MUHAMMAD.
Ketiga – Peringkat dimana Zat menunjukkan kepada DiriNya dan
Yang Lain secara terperinci ( details ) disebut sebagai Sempadan Kedua atau
WAHDAH.
Keempat – Peringkat dimana Zat menunjukkan kepada DiriNya
dan Yang Lain secara terperinci tetapi CUMA didalam IlmuNya. Ini disebut
sebagai HAKIKAT KEMANUSIAAN atau NAFAS SUCI
Kelima – Peringkat dimana Zat menunjukkan secara terperinci
KELUAR. Ini disebut sebagai ALAM ARWAH , ALAM MITHAL & ALAM AJSAM
HU ( Dia ) yang GHAIB menjadi AKU menzahirkan DiriNya.
ZAT itu MUTLAK, tiada berbentuk. PadaNya-lah semua bentuk
bentuk yang ada HAD bergantung. Apabila Ia Berkehendak , Ia ambil satu satu
bentuk BayanganNya.
WUJUD itu sendiri adalah ZAT. Orang Syariat berpendapat Zat
adalah DAHULU dari WUJUD.
Wujud yang paling nampak sekali ialah Wujud Allah. Wujud
benda benda lain adalah dengan Cahaya Zat Allah. Jika anda lihat diri anda dan
benda benda lain anda akan lihat Wujud Allah. Pandangan pada Wujud Allah adalah
terdahulu daripada pandangan terhadap diri anda.
SIFAT yang melahirkan DUNIA bukan ZAT. Kehidupan didunia
ialah kesan SIFAT HAYAT ( Hidup ) . Begitulah dengan 6 Sifat yang lain ( Sifat
Maani ) . Oleh itu baik dan jahat adalah dari Sifat bukan Zat. Wujud mengambil
bentuk HIDUP. Iradat mengambil bentuk Kehendak. . Pengetahuan mengambil bentuk
Akal. Segala-galanya terzahir melalui anggota. Iradat berbentuk hati, Tahu
dengan Otak. Dengar dengan Telinga dan sebagainya.
HAKIKAT benda itu ialah ZAT
Sesungguhnya Allah Meliputi Segala-galanya ( As-Fusilat :54
) Meliputi adalah ibarat Air meliputi ombak, salji & embun.
HU ialah Nama ZAT tanpa menunjukkan Sifat. Nama Allah
menunjukkan Zat dengan segala Sifat-SifatNya.
Allah tiad Sifat Sifat terhad. Tidak ada ghayr ( yang lain )
Adanya ghayr adalah dalam khayalan kita sahaja yaitu bila kita memberi sempadan
kepada Wujud Mutlak.
ILMU yang meliputi sesuatu bend tertentu. Ianya tidak boleh
meliputi sesuatu yang tiada had yakni Allah. Allah sedar akan DiriNya Yang Tahu
dan Yang Diketahui adalah DiriNya sendiri.
ASMA’ adalah ZAT yang dinamakan beserta segala Sifat
SifatNya.
ZAT itu berkenaan dengan HAD atau SEMPADAN PERTAMA dikatakan
AKU.
Apabila Ia Terzahir dalam beberapa bentuk Yang Terhad
dikatakan KAMU.
Apabila Ia DILUAR HAD dan PENGETAHUAN IaNya menjadi DIA.
Dunia ini dinampakkan dan bukan sabenarnya yang hakiki.
DIA menzahirkan DiriNya dalam berbagai bentuk Tanpa Sebarang
Pertukaran Dalam ZatNya. DiaNya sekarang saperti DiaNya dahulu juga.
Wajibul wujud (yang pasti ada)
Yang ada hanya Allah. Tiada yang lain. Yang lain tidak
ada.TAUHID ialah mengetahui satu , melihat satu dan menjadi satu
Aku satu dan tiada sekutu denganKu.Walaupun ada
bertingkat-tingkat dari segi badan / akal / ruh / sirr / nur / zat, hakikat
anda bukanlah salah satu dari tingkat tingkat itu tetapi adalah Zat itu
sendiri.HAKIKAT MUHAMMAD ialah KEPALA PANCURAN semua manifestasi . Meskipun
Muhammad didalam badan, hakikatnya adalah hakikat seluruh alam.
Keturunannya ialah :– seluruh alam
– wali wali
– malaikat malaikat
– keturunan yang lahir dari jasadnya
Ulama Syariat berpendapat wujud itu ada dua :-
Pertama – satu yang asal yakni Allah
Kedua – yang dijadikan atau baharu yakni yang dijadikan
Allah dari tiada
Ulama Hakikat berpendapat :-
Benda benda wujud bukan dari tidak ada tetapi adalah dari
A’yan Sabitah ( bentuk bentuk tetap dalam Ilmu Allah ) yaitu dari Wujud Allah
Perintah KUN hendaklah pada benda yang ada. Yang tidak ada
tidak dapat menerima Perentah Kun itu.
Lain lain perbezaan Prinsip Ulama Syariat & Ulama
Hakikat :-
Ulama Syariat mengatakan Wujud Kejadian berbeza dengan Wujud
Allah. Para Sufi mengatakan Tiada Perbezaan Hanya Satu Jua Yaitu Wujud Mutlah
Allah
Ulamak Syariat mengatakan bahawa kejadian sari ADOM. Para
Sufi mengatakan Yang Diperentah itu mestilah ada ayau wujud untuk menerima
perentah dan ini ialah A’yan Sabitah.
Yang ketiga ialah HU HU ( Dia Dia ) & KAANAHU ( Saperti
Dia )
Ulamak Syariat mengatakan dalam fana’ makhluk menjadi
KAANAHU ( saperti Dia ) dan bukan HU HU ( Dia Dia )
Ibnu Arabi menyatakan wujud tidak lebeh dari SATU. Yang sama
itu menzahirkan kepada DiriNya dengan DiriNya saperti air menzahirkan dirinya
dalam bentuk ais. Jadi tiada yang fana’ Ianya Hu Hu. Yang lain tidak lebeh dari
hanya nama nama dan benda benda pada fikiran sahaja. Hakikatnya Dia Yang Satu.
Semua nama nama adalah penzahiran daripada satu hakikat.
Kadang kadang hakikat itu lautan, kadang kadang bueh, kadang kadang ombak,
kadang kadang ais kadang kadang salji, kadang kadang Allah, kadang kadang
makhluk
Nama itu banyak ..yang dinamakan itu hanya Satu.
Bentuk bentuk adalah DiriNya sendiri pada zahirnya dan pada
hakikatnya.
Semua benda benda wujud kerana WujudNya Allah. Dengan
sendirinya mereka itu TIDAK ADA. Huruf tidak ada , yang ada ialah Dakwat.
Yang Tidak Ada ialah cerminnya Wujud Mutlak
Mumtanul Wujud – Ada Yang Negatif = Cermin
Mumkinul Wujud – Ada Yang Mungkin = Bayangnya
Wajibul Wujud – Yang Pasti Ada = Orangnya.
Ulamak Syariat mengatakan Wujud benda benda ( dunia ) adalah
Tambahan pada Zat. Para Sufi mengatakan Wujud Mutlak ialah Allah. Pembatasannya
ialah DiriNya sendiri.
Zat mengetahui DiriNya sendiri
Dari segi mengetahui :-
Dia Menjadi wajib. Pelaku tanpa kualiti, Pencipta Yang
Berkuasa dll
Dari segi Diketahui :-
Dia menjadi Yang Dilakukan . Yang diberi kualiti. Yang
Dijadikan tanpa kuasa yaitu Hakikat Insan.
Surah Al-Hadid : 04
Dan Dia bersama kamu dimana sahaja kamu berada.
Huraian :-
Allah ialah hakikat semuanya – hakikat segala-galanya tiada
yang kecuali.
Apabila Allah beserta dengan semua, Dia juga tanpa semua.
Selagi anda wujud dalam pandangan anda , DIA TIADA NAMPAK
dan apabila anda tidak wujud dalam pandangan anda DIALAH YANG ANDA NAMPAK.
Allah menzahirkan DiriNya pada sesuatu benda yang dicari
oleh seseorang itu. Tajallinya tidak terkira banyaknya . Penyembahan Yang
Terhad oleh Yang Terhad adalah Syirik.
CINTA ALLAH ialah KEMAHUAN UNTUK MANIFESTASI ( penzahiran )
. Wujud adalah gerak dari KEADAAN YANG TERPENDAM ( Kunza Mahfiyyan – Adom
Idhafi ) kepada KEADAAN YANG TERNAMPAK. Ini adalah Gerak Cinta. Tanpa Cinta
ianya terpendam dalam Ilmu buat selama-lamanya.
Wujud itu adalah HANYA TAJALLI dan Tajalli itu menjadi
hakikat seseorang dalam Tajalli. Hakikat benda ialah ZAT ALLAH sendiri. Wujud
diluar dan wujud didalam tidak berbeza. Semuanya adalah Satu Diri Yang Sama itu
jua yakni Allah.
MUMKINUL WUJUD Yang Mungkin Ada
MUMKINUL WUJUD terzahir KERANA CINTA yaitu Cinta Allah
kepada memandang Kecantikan dalam KecantikanNya sendiri.- Cinta Zat pada Zat
digelar JAM’I yaitu cinta Zat pada Hakikat Muhammad
– Cinta Zat pada Alam digelar JAM’I BI JAM’I
– Cinta Alam pada Alam digelar JAM’I BI FARAK saperti cinta
saorang gadis terhadap saorang terunaCinta Allah Yang Pertama digelar A’YAN
yaitu Hakikat Muhammad . Keupayaannya terzahir dalam cermin A’yannya . Oleh itu
Allah ialah Bapa A’yan itu dipelihara pada penzahirannya oleh Asma’&
SifatNya.Penzahiran Cinta mengambil bentuk ( yaitu SifatNya ). Zat adalah
Mutlak dan apa apa yang terbit daripadaNya adalah Terhad. Wujud yang terhad
tidak boleh lain dari wujud itu sendiri.
Alam ini terbit daripada Allah dan tiada yang lain kecuali
Allah yang ternampak dari alam ini. Contoh untuk faham :-
– Biji sawit terzahir dalam pokok sawit dan pokok sawit itu
didapati dari biji sawit atau benih sawit. Maka lahirlah berjuta ekar ladang
sawit tanpa perubahan kepada biji benih itu, tetap menjadi biji benih sawit
akhirnya tidak mungkin menjadi biji kelapa atau biji cempedak.
Setiap ketika segalanya meminjam wujud mereka daripada Allah
dan setiap ketika mereka kembali kepada Zat mereka yang mana adalah kosong.
ZAT BENDA adalah SIFAT JALAL ( Agung ) dan JAMAL ( Indah )
Allah. Benda ialah penzahiran kedua Sifat ini. Semuanya sama ada baik atau
jahat datang dari kedua pintu ini dan kembali melalui pintu yang sama.
Tiap tiap sesuatu adalah BENTUK SATU SIFAT. A’yan adalah
bentuk bentuk Sifat. Apa jua yang keluar dari sesuatu Sifat adalah kesempurnaan
bagi sesuatu Sifat itu. Segala-galanya akan kembali dari Alam Yang Sementara
kepada Alam Yang Abadi. Sesuatu itu tidak kembali kepada Zat tetapi kembali
kepada Sifat daripada mana ia datang. Sifat merupakan keadaan di-Akhirat kelak.
Firman Allah :-
Segala-galanya binasa kecuali WajahNya.
MUMKINUL WUJUD adalah Tajalli Allah dengan bentuk A’yan
dengan kekhusussannya. Ini digelar WUJUD IDHAFI yaitu wujud yang dizahirkan.
Ianya juga digelar BAYANGAN – Zil
Firman Allah :-
Tidakkah kamu lihat bagaimana Tuhan kamu telah memanjangkan
bayanganNya ?.
SIFAT
Alam Tajalli atau MERTABAT TUJUH itu sabenarnya adalah
mithalan pemahaman sahaja.
Pada hakikatnya tiga ( 3 ) Peringkat Tanazzulat ( Penurunan
) yaitu Ahdiyyat, Wahdah dan Wahidiyyat adalah satu dan sama jua. Ahdiyyat berpadu
dalam Wahdat dan Wahdat berpadu dalam Wahidiyyat.Dalam Wahidiyyat semua Asma’
tersembunyi
Asma’ mula mula terzahir dalam Alam Arwah, kemudiannya di
Alam Mithal & Nasut.
Dalam Hakikat Muhammad semua Nama Nama ( Asma’ ) tersembunyi
Dalam manifestasi Nabi Muhammad semua Nama Nama tersembunyi
melainkan HADI ( Pembimbing Yang Benar ).
Bagi IBLIS semua Nama Nama tersembunyi melainkan MUDHIL (
yang Menyesatkan )
Allah itu Indah dansukakan Keidahan. Indahadalah Sifat Zat.
Allah menjadikan manusia itu dengan Sifat KeindahanNya sendiri. KeindahanNya
adalah CintaNya dan CintaNya adalah Keindahan.Dia Yang Mencintai dan Dia jualah
Yang Di-cintai. Dia nampak DiriNya dalam KeindahanNya sendiri. Dia cinta
DiriNya sendiri. Allah tidak cinta pada yang lain selain DiriNya sendiri.Allah
mempunyai Kebaikan Yang Mutlak. Dari Kebaikan Mutlak itu timbul Kejahatan. Apa
yang nampak jahat ialah perhubungan antara Nama NamaNya yang bertentangan dan
bukannya dari Wujud itu sendiri.
Perhubungan diantara satu daripada Nama Nama Keagungan
dengan yang lain saperti Latifah dengan Sifat yang lemah Lembut berupa jahat
tetapi jika dengan sendirinya ianya adalah baik.
Orang Syariat merujuk kebolehan kebolehan ( faculties )
sebagai malaikat yaitu manifestasi manifestasi Kuasa Kuasa Ketuhanan saperti
malaikat angin, api dan sebagainya. Contohnya telinga ialah manifestasi
manakala pendengaran ialah kebolehannya ( telinga )
Zat Allah terzahir didalam Sifat. Sifat terzahir dalam
Kebolehan dan kebolehan terzahir pada badan. Perbuatan terzahir pada kesannya.
Jika tidak ada badan dimanakah kebolehan ini boleh ditunjukkan ?
Sifat tidak wujud berasingan dan bukan tambahan kepada Zat.
Pada segi pengetahuan Zat itu pengetahuan itu sendiri. Begitulah seterusnya.
MAWAHID ialah seseorang Yang Melihat Tiada Ghayr ( yang lain
) yaitu Dia terdiri dalam Zat dia sendiri, tidak ia melihat zat yang lain dari
masa yanpa permulaan hingga masa tanpa akhirnya. Ia hanya satu tajalli Zat yang
dari DiriNya atas DiriNya dan melalui DiriNya.
Firman Allah :-
Tidak ada Tuhan melainkan Aku. Aku adalah Satu dan tidak ada
sekutu denganKu.
Zat dan Sifat adalah satu pada hakikatnya dan berasingan
dalam fahaman anda. Sifat adalah aspek Zat. Zat anda secara sendirinya tidak
boleh membuatkan anda melihat jika tidak ada sifat yakni mata.
Zat ( Lahut ) adalah punca Sifat ( Jabarut ) . Sifat adalah
punca Af’al ( Malakut ) dan Af’al adalah punca Athar ( Kesan ) . banyaknya
Sifat adalah khayalan dalam ilmu. Ianya tidak wujud sama ada didalam atau
diluar Ilmu
HAKIKAT atau A’YAN
Surah Al-Baqarah : 115Dan bagi Allah timur dan barat, kemana
sahaja kamu hadapkan wajahmu ( mukamu ) disitu ada Wajah Allah. Sesungguhnya
Allah Meliputi semuanya dan Maha Mengetahui.
TIMUR = menunjukkan Asma’ & Sifat Allah
BARAT = menunjukkan Keperluan Penzahiran ( tajalli )
Tiap tiap Sifat timbul dan bersinar dari timurnya sendiri (
Ism – i – Ilahi ) dan terletak pada objek yang dizahirkan di barat Dirinya
sendiri ( Ism- i – kiyani )
Hanya ada satu Wujud yang timurnya ialah Asma’ dan Sifat
Allah dan baratnya Manifestasi Dunia. Ia mempunyai Yang Pasti ( wajib ) dan
yang Mumkin pada kedua-dua sisinya. Jika anda lihat dari mana mana sisi, anda
lihat Wujud Allah, kekal dalam kekal dan fana’ dalam fana’
Asma’ Allah adalah bentuk bentuk yang boleh dikenali dalam
ilmu. Ini digelar A’yan Sabitah atau Maklumat oleh mutakallimin. Mahiyyat atau
hakikat oleh ahli falasafah.
– Dalam cintaNya kepada DiriNya sendiri, Allah mengurniakan
TajalliNya Yang Pertama ( Faid – u l- Al-Aqdas ) dan mereka mereka terzahir
dalam IlmuNya.
– Kemudian dikurniakan TajalliNya Yang Kedua ( Faid Maqdas )
dan mereka mereka ini terzahir diluar mengikut alatan keperluannya.
– MAHIYYAT ( bakat bakat ) menerima Kemurahan dan BerkatNya
menurut bakatnya dari Allah . Oleh itu manifestasinya berlainan dan
bermacam-macam.
UMMUL KITAB ( Ibu Kitab ) ialah LOH bagi Ilmu Allah. Ianya
terzahir dalam KITABUL MUBIN atau LOH MAHFUZ ( Loh Yang Terpelihara ) . Apa
juga yang terzahir dalam Alam Benda mula mula tertulis pada LOH.
Tidak ada benda hijau atau kering melainkan semuanya
tertulis dalam Kitabul Mubin
Biji benih melahirkan dirinya sebagai akar pada akar, batang
pada batang dan seterusnya. Apabila ia menjadi details ( perincian ) ianya
mewujudkan 4 / empat ITTIBARAT yaitu Wujud / Ilmu / Nur / Suhud.
Apabila Sifat dan Asma’ mengambil bentuk maka zahirlah A’YAN
KHARIJA dan menjadi objek objek dalam Ilmu. Peringkat ini digelar WAHIDIYYAT (
Perbatasan Kedua ) dalam ilmu dimana dapat dibezakan ULUHIYYAT ( Suasana Ilmu
Allah ) daripada RUBUBIYYAT ( Suasana Manifestasi Pemerentahan )
Maka bermulalah peringkat peringkat Asma’ – i Ilahi ( Nama
Nama Pemerentahan ) dan Asma’ – i – Kiyani ( Nama Nama Yang Diperentah )
Tiap tiap objek adalah RASUL ( yang diutus Allah ) Apabila
A’yan mengambil bentuk maka bentuk itu lebih tertentu lagi bentuknya dari yang
terdahulu dan yang terdahulu itu menjadi batinnya. Wujud objek adalah Wujud
Biasa ( bertentangan dengan Wujud Mutlak atau wujud Sifat )
Al-Baqarah ; 28
Kamu dahulunya MATI, maka diberikanNya kamu HIDUP
Dahulunya anda bukan diluar. Allah zahirkan wujud anda
dengan wujudNya sebagaimana diwujudkanNya anda dalam Ilmunya.
Tidak ada Nama Allah yang tidak menunjukkan sesuatu Sifat.
Nama itu menyatakan sesuatu aspek ZAT bukan tambahan kepada Zat. Tiap tiap
A’yan ialah manifestasi satu nama. Tiap tiap objek adalah manifestasi Nama.
Nama atau Asma’ memegang jambul objek itu dan memimpinnya.
Firman Allah :-
Apa sahaja yang merayap dan merangkak adalah dalam tangan
Rabnya ( KekuasaanNya ) dan rab itu adalah pada jalan yang betul.
Ini digelar JALAN ASMA’. Asma’ HADI membimbing seseorang
kejalan yang benar…dan Asma’ MUDHIL membimbing seseorang kejalan yang sesat.
Firman Allah :-
Barangsiapa yang disesatkanNya maka tiada siapa yang dapat
membimbingnya kejalan yang benar.
Salah bimbing diluluskan oleh Rabnya ( Tuhannya ) sendiri
tetapi dilaknati oleh RAB bagi SEGALA RAB ( Rabbul Arbab ). Apabila yang kena
laknat itu mengadu perihal nasib mereka di Hari Pengadilan , maka hakikat
hakikat A’yan mereka akan dipertunjukkan kepada mereka Ilmu Allah tertakluk
pada hakikat ini…
……tidak ada perubahan dalam Kalimat kalimat Allah itu.
Yang dilaknati akan menyerah pada hakikatnya dan azab mereka
menjadi selesa kerana penyerahan itu.
ALAM RUH – ALAM – I – ARWAH
Ruh manusia ialah satu RAHSIA KETUHANAN yaitu satu misalan
perbatasan RAHSIA ANA ( Aku ) = RUH. Misalan itu disini ialah Hakikat itu
sendiri.TAJALLI sabenarnya adalah MANIFESTASI dan PENUNJUKKAN sesuatu benda
kepada dirinya sendiri oleh dirinya sendiri. Contohnya satu biji sawit menunjukkan
dirinya dalam bentuk beberapa ladang sawit. Ianya bukannya penjelmaan ( hulul )
dan bukan ulangan.
Ruh dalam tajallinya berbentuk BADAN. Badan itu ialah
sarungnya. Alam ialah sarung atau sangkar RUH YANG SATU.
Ada lagi satu sarung dibawah badan yaitu BADAN MITHALNYA.
Dialah yang menunjukkan dirinya didalam cermin. Semua bentuk adalah sarung ruh.
Tajilliyat tidak membanyakkan benda yang dalam tajalli itu. Tajalli hanya
penampakan tanpa mempunyai hakikatnya sendiri.
Badan itu sendiri adalah satu ruh saperti ice dan air. Ruh
tidak masuk dalam badan tetapi menzahirkan dirinya dalam badan itu. Ruh ibarat
penunggang dan badan ibarat kuda.
Ruh ialah Allah. Tidak ada yang bergerak melainkan Allah.
Apabila Allah hendak memandang diriNya, Dia perlukan cermin yang
cerah pada satu muka dan gelap pada muka yang lain. Badan manusia mempunyai
HATI ibarat cermin. Dia menzahirkan DiriNya pada muka cermin yang cerah itu.
Semakin berseh Hati maka semakin teranglah Bayangan Allah padanya.
Bayangan bukan HULUL atau Penjelmaan . Bayangan adalah nama
sahaja, yang sebenarnya tidak wujud. Hanya muka yang memandang yang terlihat
Banyaknya muka kerana banyaknya cermin yang berbagai saiz
dan warna. Memandang satu benda saperti banyak digelar Amt-i- Ilahi dalam
syariat dan Tajalli didalam tasauf.
Dia membuat cermin bagi DiriNya dan memanggil cermin itu
Qalbu / Hati / Jiwa dan muka cermin yang gelap dengan nama Qalib / Badan /
Jasad / Jasmani.
Yang memandang KeindahanNya tidak puas memandang dan cermin
itu tidak mengambil bahagian dalam memandang itu.
Allah tidak boleh melihat diriNya terbayang pada malaikat
yang mempunyai badan yang terang atau pada binatang yang badannya gelap.
Firman – Firman Allah :-
Dan pada diri kamu dan kamu tidak melihat
Sesungguhnya telah dtang kepada kamu seorang rasul dari
antara kamu
Aku tidak boleh dikandung oleh bumi dan langit tetapi boleh
dikandung oleh Hati Orang Mukmin
Ruh adalah penunggu pintu Kerajaan Ketuhanan. Ia membawa
dirinya dan yang lain sampai kepada Allah.
Semua Ruh adalah SATU dalam keRUHan. Banyaknya timbul oleh
kerana perkaitannya dengan badan badan. Kualiti yang baik berlindung pada Ruh,
kualiti yang jahat dengan badan.
KeRUHan adalah Satu Dengan Zat sebelum manifestasi.
Sabenarnya ombak adalah laut dan laut adalah ombak. Perbezaan adalah SANGKAAN
sahaja.
Hadith Rasul :-
Siapa yan melihat saya nampaklah Allah
Dia sekarang saperti Dia dahulu juga
Allah ada dan tiada sekutu dengan Dia.
Bagaimana ada sekutu dengan Dia sedangkan dahulu, sekrang
dan akan datang adalah satu sahaja padanya.
Ruh “ yang tidak dijadikan “ ialah Hakikat Muhammad ( Wahdah
) Dibawah daripada itu ialah Hakikat – i – Insani ( Wahidiyyat ) yaitu Ruh “
yang dijadikan” bergelar SIRR.
Semua ruh adalah bayangan dari Ruh itu ( Hakikat Muhammad )
. Itulah “ Ruh Yang Dihembuskan / Ditiupkan “
Firman Allah :-
Aku hembuskan padanya ( Adam ) Ruhku
Aku jadikan dia dengan kedua TanganKu ( Sifat Jalal &
Jamal )
Kemana sahaja kamu menghadap disitu nampak Wajah Allah
Ruh ialah PEMBATASAN / HAD saperti badan adalah pembatasan
Ruh. Perkaitannya saperti air dan buih. Pada peringkat pertama ia bergelar Ruh
– Al- Quddus yaitu Hakikat –i – Muhammadi.
Ruh bukan didalam atau diluar badan dan tidak juga lekat
pada badan. Ruh bukan tidak diluar badan dan bukan tidak didalam badan, bukan
terlekat dan bukan pula tidak terlekat pada badan.
Ruh pada aspek luarnya adalah mendengar pada satu tempat,
bercakap pada satu tempat yang lain dan ditempat yang lain pula melihat. Semua
ini adalah satu yang mempunyai nama nama yang berlainan.
NUR ( cahaya ) MUHAMMAD ada dua jenis :-
Pertama BATIN – yaitu dalam peringkat ILMU dinamakan Hakikat
Muhammad dan tidak dizahirkan.
Aku dari Allah dan seluruh Alam adalah cahayaku
Ianya adalah keadaan Pencipta itu sendiri.
Kedua ZAHIR – yakni Nur yang zahir mulai dari Aql – i – Kul
menurun hingga Ruh – i – Azam. Qalam dan lain lain digelar Ruh – i – Muhammadi
atau Nur Muhammad.
Allah mula mula sekali menjadikan Akalku dan Cahayaku.
Muhammad ada dua aspek :-
Pertama – HAKIKAT – Aku AHMAD tanpa MIM ( AHAD )
Kedua – KEJADIAN – HambaNya dan RasulNya.
Semua objek adalah BAYANGAN WUJUDNYA dan pergerakan objek
adalah diperlui oleh Tajalliyat Asma’ & Sifat. Apabila Tajalliyat bergerak
objek ( bayanganNya ) pun bergerak.
Tidak ada yang bergerak melainkan dengan Izin Allah.
Tidak Ada Wujud Selain Allah.
Dia Allah terzahir dalam bentuk Aku – Salik. Oleh itu
memahami Aku sendiri adalah memahami Allah.
Dia-lah Yang mengetahui & Yang Diketahui. Aku Kenal
Allah Dengan Allah.
Dan Dia dalam Nafs kamu…dan kamu tidak nampak Dia.
Alam mithal
Di ALAM LAHUT iaitu
Perbatasan Pertama, Zat , Sifat dan A’yan adalah ABSTARACT ( Mujarrad ) Zat tidak
dapat dibezakan dari Sifat dan begitulah sebaliknya. A’yan tidak berbeza antara
satu dengan yang lain dalam Ilmu dan belum ada diluar. Peringkat atau Alam ini
digelar HAKIKAT MUHAMMAD atau PERBATASAN PERTAMA.ALAM seterusnya menurun
dipanggil ALAM MITHAL atau PERBATASAN KEDUA. Disini Allah melihat segalanya
secara PERINCIAN dan berbeza-beza antara satu dengan yang lain.
Sebagai misalan dicontohkan biji benih :-
– Perbatasan Pertama – ialah pengetahuan biji benih sebagai
biji benih
– Perbatasan Kedua – biji benih itu mengetahui keupayaannya
untuk menjadi akar, batang, dahan, daun, bunga , buah dan sebagainya dalam Ilmu
atau Pengetahuan.
Perbezaan batas batas itu tidak ujud pada hakikatnya. Ianya
wujud untuk menjelaskan ilmu sahaja oleh para sufi.
Butir butir MINIFESTASI ialah ALAM ARWAH, ALAM MITHAL, ALAM
SAHADAH dan ALAM INSAN.
Allah jua Yang Sempurna. Manifestasinya yang sempurna ialah
Alam ini. Minifestasi kita dan sifat kita adalah sedikit dari SifatNya. Dengan
itu sifat sifat kita dan yang lain lain adalah tidak sempurna. Tetapi kita
tidak wujud kerana Yang Wujud Hanyalah Allah.
Perbatasan atau Alam tidak ada had bilangannya.
Untuk faham ditetapkan 6 sahaja. Perbtasan hanya wujud dalam
ilmu sufi dan pada hakikatnya tidak ada apa apa yang dikatakan perbatasan itu.
1 WAHDAH
Ghaib Yang Pertama dimana A’yan dalan fana’, tidak wujud
walaupun dalam Ilmu. Allah ada dan tidak ada apa apa yang bersama dengan Dia.
2 WAHDIYYAT
Ghaib Yang Kedua. A’yan wujud dalam ILMU ALLAH tetapi A’yan
tidak tahu akan kewujudannya.
3 ARWAH
Disini A’yan mempunyai perbezaan perbezaan antara satu
dengan yang lain.
4 AMTHAL
Disini salinan gambaran ( prototype ) objek objek wujud
5 AJSAM
Disini mereka mempunyai badan badan kebendaan
6 INSAN
Paduan semua Perbatasan / Alam / Peringkat diatas bergelar
INSANUL KAMIL
Sholat /solah/sembahyang
Solah (Melayu;sembahyang) diambil dari perkataan wasiat;
Bererti lekat atau menghampiri. Ahli zahir memahami ini dengan menyatakan: ”
Mematuhi hukum-hukumyang tertentu dalam sembahyang”. Ahli batin mengatakan:
‘penyatuan pencinta yakni orang yang cinta dengan yang di cintai’. Syibli
berkata, “Wudu ialah penceraian dan solah ialah penyatuan”.
Ertinya: “(Siapa yang tidak bercerai, tidak bersatu)”.
Inilah sembahyang yang berkekalan.
Ertinya: “(Mereka yang sembahyangnya berkekalan)”.Yang
penyinta tenggelam dalam cintanya kepada
yang dicintai. Sembahyang yang biasa ialah lima waktu sehari semalam.
Sembahyang yang lima waktu itu mengadap ke kiblat. Sembahyang yang berkekalan
mengadap kepada wajah Allah.
Ertinya:” Kemana sahaja kamu mengadap muka kamu , di situ
ada wajah Allah”.
Sembahyang yang biasa mempunyai cara-cara dan hukum-hukum
yang tertentu. Sembahyang yang lagi satu itu luas bidangnya. Kiblat sembahyang
biasa terletak di tempat yang tertentu (kaabah). Kiblat sembahyang yang satu
lagi itu di mana-mana sahaja. Syekh Abu Bakar berkata, apabila beliau berpindah
dari satu solah yang satu lagi, ” Aku telah menjadi Kafir, maka aku ikatkan
dengan benang- Allahu Akbar. “Pada
pandangan beliau adalah kufur mengadap ke kiblat yang tertentu letaknya itu,
setelah beliau mengadapkan mukanya kekiblat yang mutlak. Kiblat itu empat:
Kiblat di Mekah, Guru sendiri, Hati, Yang Haq.
Seseorang itu hendaklah berpindah dari yang pertama kepada
yang kedua, dari kedua kepada ketiga, dan dari ketiga kepada keempat. Jika anda
telah dapat melakukan peringkat-peringkat tersebut, maka anda telah meminum
dari piala Muhammad s.a.w. Jika belum, cubalah sedaya upaya untuk mencapainya.
Anda perlu mencerai diri anda daripada diri- kemudian anda akan lekat atau
bercantum dengan Allah. Oleh itu di katakan, “Wudu’ ialah penceraian, dan solah
itu penyatuan”.
Sembahyang orang yang cinta ialah memfanakan diri,
sembahyang orang awam ialah ruku’ dan sujud. Sembahyang ini ialah mi’raj bagi
orang mukmin. Setelah mengosongkan dirinya daripada dirinya, beliau sampai
kepada yang di cintai olehnya.Pada peringkat ini, dia memperkatakan ucapan sembahyangnya kepada dirinya.2. Sembahyang
mempunyai dua aspek – badan dan ruh. Zahirnya berkaitan dengan
peraturan-peraturan dan hukum-hukum, dan batinnya berkaitan dengan ruh. Jika
yang berkenaan dengan badan itu sahaja yang di pentingkan tetapi yang berkenaan
dengan ruh- yang memandang Allah dan memfanakan diri – tidak di capai, maka jadilah sembahyang itu badan
yang tidak bernyawa. Jika ruh sahaja di pentingkan dan badannya tidak di
pedulikan, maka jadilah sembahyang itu umpama nyawa tanpa badan. Ada juga orang
yang mengatakan bahawa melakukan peraturan-peraturan dan hukum-hukum sembahyang
itu adalah umpama menggilatkan besi.
Apabila besi itu telah berkilat, maka dengan sendirinya kilat itu akan memancar
dari besi yang telah berkilat itu. Apabila
badan telah sempurna dalam rahim, nyawa dengan sendirinya datang kepada badan
itu. Apabila lampu telah sempurna dan sumbunya telah siap, senanglah api
hinggap di sumbu itu.
Firman Allah ertinya: “Aku hembuskan kepadanya daripada ruh
Ku”
Penglihatan atau kesedaran batin itu umpama tetamu yang
tidak di sangka-sangka. Ia datang pada masa yang tidak di sangka-sangka.
Seseorang itu hendaklah bersedia menerima kedatangan tetamu itu dengan
hidangan-hidangan yang di perlui.3. Sujud ialah tanda pengabdian dan
penghormatan. Malaikat sujud kepada Adam, sebenarnya sujud itu kepada Allah. Sujud
mengadap kiblat adalah syirik jika tidak di sertakan sujud kepada Allah dalam
kesedaran jiwa.
Seseorang itu boleh menganggap seluruh kejadian atau makhluk
ini sebagai kiblatnya. Yang bererti: ” Ke mana sahaja kamu mengadap, di situ
ada wajah Allah “. Seorang Majdhub sujud kepada apa sahaja yang di lihatnya dan
berkata ” Ya Allah, aku berlindung dengan Mu dari syirik dalam senua perkara ”
Masud Bek nampak ini dan berkata kepada anaknya ia itu bapanya meminta
perlindungan dengan kelakuan syirik. Anak itu berkata, “Jangan di panggil dia
musyrik, beliau melihat apa sahaja tanpa adanya.” Oleh itu si mukmin dalam sembahyang menukarkan hadapnya dari kiblat
kepada yang haq dan ini di lakukan semasa berniat dalam sembahyang. Mengadap
kepada Allah itu ialah sembahyang yang berkekalan.
Imam-imam ada berkata ia itu sujud malaikat kepada Adam ialah sujud kepada Nur Muhammad yang terzahir dalam Adam. Jika
seseorang menyembah cahaya yang di balikkan (terbayang) dalam cermin, maka
menyembahan itu adalah untuk cahaya itu dan bukan kepada cermin. Seorang ahli
akal (Sahib-i-basirat) menganggap semua benda sebagai cermin yang dalamnya
cahaya Allah terbayang.4. Assabihu ma’a ILah -(bersahabat dengan Allah). Inilah
sembahyang yang tidak boleh di tangguh-tangguh. Sembahyang yang lima waktu itu
boleh di tangguh (qadha) ke masa yang lain: Yang bermaksud: ” Mereka yang
memelihara sembahyang mereka ”
Kiblat sembahyang ini ialah Wujud Mutlak dan kiblat
sembahyang biasa itu ialah Ka’bah. Ertinya: ” Neraka wail bagi orang yang
sembahyang yang lalai dalam sembahyang mereka itu.”- Lalai kepada Wujud Mutlak.
Wudu’ mempunyai dua pengertian: Pertama-membersihkan badan dan kotoran moral
pada diri. Kedua- penceraian dari diri ( Al-wudu’ infisal, was salat ittisal)
Wudu’ ialah penceraian, dan sembahyang ialah penyantuman. Anda tidak akan boleh
melakukan sembahyang jenis ini jika anda belum boleh menceraikan diri anda.
5. Seseorang menyuruh penulis menulis nama ‘Allah’ tanpa
menggunakan pena, kertas dan dakwat, beliau pun terus berdiri, ruku’ sujuddan
seluruh kelakuan dalam sembahyang. Berdiri itu Alif, ruku’ itu Lam, dan sujud
itu Ha.
Wahai saudara, anggaplah lukisan itu sebagai pelukis.
Pembimbing /guru
1. Berkenaan’bimbingan yang betul ‘ ini, perkara yang penting ialah ilmu dan dzauk. Jika tidak ,perkara
keduniaan ini tetap seperti biasa juga
tanpa ada perubahannya. Seorang murid
menulis kepada gurunya, “ pekerja-pekerja dan kerani-kerani panca-indera
sedang bekerja untuk mencapai kesempurnaan. Mereka mengumpulkan hasilnya
daripada rakyat dan menghantar ke-Perbendaharaan Di Raja, tetapi jangan di
laporkan kepada Raja, saya percaya, melalui ihsan, tuan akan menghantar
laporannya “. Zat mempunyai sifat dan menikmati rasa mereka, tetapi salik
tidak mendapat laporan dan dengan itu
tidak mendapat ilmu.
Sebelum timbul
tajalli ilmu, salik itu bukan arif,
apabila timbul ilmu, dia kenal akan dirinya. Meski pun ada sifat, Zat tidak tahu mereka sebelum timbulnya ilmu .
Zat itu menyerap dalam diriNya.
Salik itu mempunyai
wujud, iradat, kuasa, pendengaran dan lain-lain. Tetapi jika dia tidak tahu
akan sifat-sifat ini, maka berertilah serupa dengan dia tidak mempunyai
sifat-sifat tersebut.
Salik mendengar dan
melihat, tetapi tidak tahu yang Allah mendengar dan melihat. Dalam hal ini,
Allah mendengar dan melihat, tetapi salik tidak tahu atau kenal sifatNya.
Apabila dia kenal, jadilah dia arif. Pengenalan ini membawa pemerhatian dan
pemerhatian pula membawa wujud. Hijab
itu di letakkan pada diriNya oleh diriNya. Dia jadi arif oleh diriNya, dan Dia
jadi jahil oleh diriNya. Tidak ghayr ( yang lain).
Ertinya: “ Barang
siapa Allah bimbing ke jalan yang lurus, maka tidak ada siapa yang dapat
menyesatkan dia, dan barang siapa Allah bimbing ke jalan yang sesat, maka tidak
ada siapa yang dapat membetulkan dia “.
2. Murid hendaklah memerhatikan jamal gurunya. Jamal guru
itu mestilah di balikan (bayangkan) dalam cermin hati muridnya. Dalam cermin
jamal guru itu, murid memerhatikan jamal Allah, hati murid ialah cermin muka
guru. “ Barang siapa melihat Aku, melihat dia Tuhannya “
“ Hakikat iman ialah memerhatikan Aku “
3.Orang yang menjalankan suluk boleh sampai kepada peringkat
di mana kebendaan sesuatu benda hilang dari
pandangannya, maka di lihatnyalah tidak ada lain selain Allah. Keadaan
ini mereka gelarkan “ Ittisal “ (Penyantuman) iaitu kebalikan daripada “
Infisal “ (penceraian).
4. Setengah orang-orang sufi memakai pakaian bulu dan
tidak memakan makanan yang lazat-lazat dengan tujuan supaya
orang-orang biasa tidak berkawan dengan mereka. Syekh-al-Akbar berkata bahawa
jika seseorang murid mencari guru lain semasa hidupnya adalah bererti
memutuskan wa’ad (perjanjian) dengan Allah , yang di buatnya pada masa
melakukan bai’at. Pengikut seseorang Nabi tidak mungkin menjadi pengikut
seorang Nabi yang lain, semasa hidup Nabi itu.
5.Tujuan Syaghal (latihan), Zikir dan Muraqabah ialah untuk
membuang segala ingatan selain dari mengingat Allah.
6.Orang yang mula menjalankan suluk hendaklah jangan di
beritahu tentang kecacatan nya supaya ia
tidak menjauhi diri daripada nada. Setelah hati itu suci semua kecacatan itu
akan hilang dengan sendirinya.
7.Syekh (pembimbing)
itu boleh jadi di barat , tetapi beliau tahu keadaan
muridnya di timur. Kebolehan yang paling kurang bagi seorang guru ialah dia mempunyai (membaca hati muridnya) dan ( sedar tentang
keadaan orang yang mati dalam kubur). Jika dia tidak mempunyai kebolehan ini,
maka haramlah dia membimbing muridnya. Dia
tidak boleh menjadi guru. Dia hendaklah tahu keadaan dunia dahulu dan
sekarang. Beliau adalah khalifah Allah di bumi ini.
Bererti: “ Kami jadikan dia khalifah di bumi “
8.Guru ialah satu barzakh, melaui dia anda menghampiri
Allah. Anda tidak boleh melihat matahari-kecuali melalui kaca yang gelap.
Pengaruh guru pada muridnya tinggal kekal meskipun guru itu
telah meninggal dunia fana ini.Pengaruh Mansur Al-Hallaj membentuk watak
Fariduddin ‘Attar, yang muncul 150 tahun selepas beliau. Seseorang boleh
melakukan bai’at dengan guru yang lain selepas di benarkan oleh guru pertama
dan begitulah seterusnya. Bayazid Bistami mempunyai 12 orang guru. Sebenarnya semua
guru adalah manifestasi satu nama iaitu Al-Hadi. Murid sangat menghormati
gurunya – bukan sebagai pemujaan pahlawan ( hero-worship ) tetapi adalah tanda
cinta.
9.Ada dua jenis murid – biasa dan khusus. Guru mengajar
mereka dengan
cara yang berlainan , menurut kebolehan dan kelakuan mereka. Murid biasa mendapat
pengajaran biasa. Murid khusus mendapat pengajaran khusus yang tidak di ajar kepada murid biasa.
Bererti : “ Syariat perkataan ku, Tariqat perbuatan ku
dan Hakiqat keadaan diriku “
Kepentingan untuk
diri sahaja adalah satu racun yang bias bagi orang yang masih murid. Nabi Khidr menerima Nabi Musa sebagai
murid beliau dengan syarat Nabi Musa jangan bertanya apa sahaja yang beliau
lakukan di hadapan matanya. Untuk cerita ini
lihat dalam Al-Quran Surah Kahfi. Nabi Khidr memaafkan Nabi Musa berkenaan perkara menenggelamkan kapal dan
membunuh seorang kanak-kanak, tetapi apabila beliau ditanya tentang perkara tidak mahu menerima
bayaran kerana mambaiki tembok (dinding), Nabi Khidr tidak mahu lagi menerima
Nabi Musa sebagai muridnya. Kedua-dua soalan yang pertama itu adalah
kepentingan syariat dan yang akhir itu ialah
untuk kepentngan diri.
Bayazid Bistami dan
Uthman Khybari sedang berdoa bersama-sama. Uthman Khybari menutup doanya dengan berkata, “ Ya Allah, kurniakan
kepada aku segala yang aku mahu, “ Tetapi Bayazid Bistami berkata, “Ya Allah,
hapuskan semua yang aku mahu,” Uthman
pun bertanya, “ Bagaimana pula ini ?” Bayazid menjawab, “ Apakah yang di kehendaki
oleh orang-orang yang mencari Allah dengan kemahuan-kemahuan diri sendiri?
. Dia menghapuskan segala-galanya selain
Allah dan melupakan wujud dirinya
sendiri.”
10.Syariat di hebahkan oleh ulamak tetapi Tariqat dan
Haqiqat oleh Masyayakh (
Syekh-syekh Sufi). Ulamak menjaga supaya dosa dan maksiat tidak bermaharajalela
di muka bumi ini. Mereka menyatakan kepada manusia tentang siksa Neraka dan
nikmat Syurga. Tanpa Tembok Besar (Negeri China) Yakjuj dan Makjuj tidak dapat
di tahan dari mengganggu keamanan dunia ini , tetapi jika berhenti di sini
sahaja tanpa berjalan lagi adalah ibarat mendirikan pagar dalam perjalanan
orang-orang yang mengembara menuju Allah. Para waliyullah membuang pagar ini
dari perjalanan mereka yang ada kebolehan dan berkelakuan baik. Mereka membuka
tabir dari mata salik sedikit demi sedikit
sehingga mereka nampak alam ini penuh dengan nur Allah.
Para waliyullah ini
melakukan perkara ini dengan kasyaf (melihat ke dalam alam mithal) dan bukan
melalui khayalan dan pemikiran. Murid
akan melihat bahawa dalam alam dunia ini
tidak ada yang berkuasa dan bijak selain Allah sendiri. Tidak ada yang
melihat, mendengar dan bercakap selain Allah sendiri. Tidak ada pemberi dan penerima atau penjaga selain
Allah sendiri.
11.Guru lebih mementingkan hakikat dalam daripada pandangan
luar. Pada permulaan salik menggunakan biji-biji tasbih, ibadat biasa dan
berkelakuan wara’ . Semakin ia bertambah maju kehadapan, di dapatinya semua itu
kosong. Dia melepaskan jalan selamat dan menggunakan jalan malamat (iaitu
melepaskan upacara-upacara dan peraturan biasa, dan mempraktikkan ibadat yang sebenar-banarnya). Jika anda ingin
melupakan diri anda, masuklah dalam kedai minum, dan lihatlah apa yang boleh di
lakukan oleh kedai minum dan penjaga kedai minum itu kepada anda. Di sana anda
akan menyedari makna ;
“
Katakanlah, ruh itu adalah daripada urusan Tuhan ku “
Kedai minum yang di maksudkan di sini ialah suasana
seseorang yang tenggelam dalam cinta kepada Allah. Hukum-hukum syariat adalah
untuk badan dan bukan ruh:
Yang bererti: “ Pada hari itu bumi ini akan bertukar menjadi
bumi lain “. Keadaan batin tidak ada perbatasan. Zannun al-Misri memerintahkan
muridnya yang telah 40 tahun beribadat supaya melepaskan ibadatnya kecuali yang
fardhu dan sunnat.
12.Dunia ini ialah hembusan nafas Allah. Ianya adalah
perbatasan Fayd-i-Rahmani. “ Al-alamu karbun min karbun-Rahman “. Dunia ini
adalah hembusan nafas dari Allah. Di hadapan Allah anda boleh mencapai fana
sekelip mata.
Yang bererti: “ Satu hari dengan Allah adalah 1.000 tahun
yang kamu kira “.
sumber :https://jiwa2kegelapan.wordpress.com
Komentar
Posting Komentar