KITAB DIRI EMPAT
KITAB DIRI EMPAT
KITAB ILMU MAKRIFAT TO’GURU PERAMU
Manuskrip yang disebut itu tiada dicatitkan siapa
pengarangnya tetapi ada disebutkan sebagai ILMU DAN MAKRIFAT TOK GURU PERAMU.
Ianya ditulis dalam Bahasa Melayu lama dengan ejaan jawi lama. ( contoh ba wau
mim bukan bom tetapi bumi )Fakir tidak pasti sama ada manuskrip ini benar benar
hasil karangan Tok Guru Peramu atau ditulis oleh orang lain yang merujuknya
sebagai Ilmu Makrifat Tok Guru Peramu. Namun fakir membiarkan perkara penulis
ini sebagai satu persoalan yang tidak dapat fakir selesaikan dan menganggapnya
manuskrip itu sebagai satu bahan sumber ilmu yang bernilai yang barangkali
ditulis atau bersumberkan ilmu dari Tok Guru Peramu yang terkenal itu.Namun
begitu perlu ditegaskan bahawa apa apa juga pendapat, fahaman dan tafsiran
manuskrip ini merupakan pendapat, fahaman dan tafsiran penulis manuskrip dan
bukannya pendapat , fahaman dan tafsiran fakir.Ada juga terdapat beberapa
bahagian dan tulisan khususnya ayat ayat Al-Quran dan hadith hadith yang
ditulis mengikut tulisan Arab yang tidak dapat fakir masukkan dan salin kedalam
entri kerana kelemahan fakir sendiri dalam perkara ini. Jadi yang diambil
hanyalah terjemahan ke- Bahasa Melayunya sahaja.KESIMPULAN HATI
Pertama Hati Yang Beriman Lawannya Kafir
Kedua Sum’ah Lawannya Bid’ah
Ketiga Hati Yang Taat Lawannya Maksiat
Dan HATI inilah tempat NIAT yang menentukan SAH SOLAT atau
lain lain pekerjaan.
KEDUDUKAN NIATBahawa NIAT itu tempatnya di HATI, tidak
berhuruf dan bersuara sebagai letaknya harus melaksanakan :-QASAD menunjukkan
ZAT akan SIFATNYA kepada yang disifatkanTAKRID menentukan ZAT akan SISATNYA dan
kepada yang disifatkan.TA’AYUN sabenar2nya AKU menyatakan DIRI AKU dalam TAUHID
Takbiratul Ihram Aku kepada Sifat yang disifatkan.
Maka karamlah DIRI dalam lautan tidak bertepi itu nescaya
SOLAT bukan lagi ENGKAU / AKU tetapi AKU ZAT yang melahirkan Kerja Aku dalam
rupaku yakni SifatKu yang nyata dalam kelakuan hambaKu. Engkau tiada UPAYA dan
KEKUATAN untuk melakukan solat itu malahan engkau lakukan atas Kurniaan &
Rahmat Aku semata-mata.
Kenapa engkau merasa ada kewujudan dalam hidup ini sedangkan
WUJUD itu adalah Aku semata-mata ? Yang mengerjakan kelakuanmu itu Aku atas
Kudrat & IradatKu. Yang menentukan waktu pun Aku, Aku punya Ilmu. Tanpa itu
engkau tiada hambaku. Aku sengaja menyatakan DIRIKU padamu dan Aku memuji
DiriKu diatas lidahmu wahai hambaku.
Jangan sekali-kali ada rasa didalam hatimu bahawa engkau
mempunyai kemampuan untuk memujiKu . Ketahuilah bahawa engkau adalah hambaKu
yang FAKIR berhak menerima PemberianKu.
TIANG SOLAT
a. HADIR HATI yakni menghadap Allah dan membuangkan segala
yang GHAYR (yang lain selain Allah ) didalam solat
b. KHUSU’ / TETAP HATI didalam solat yakni tidak merayau
–rayau fikiran kemana mana.c. SEMPURNA bacaan FATIHAH
SAH SOLAT
a. Sah solat kerana SAH WUDHU’
b. Sah Wudhu kerana Sah ISTINJA
c. Istinja itu membersihakan anggota badan dari berupa
bentuk najis besar mahupun kecil.
KESEMPURNAAN ISLAM
Nota oleh Fakir – S = Soalan , J = Jawapan S Yang dikatakan ISLAM berapa kesempurnaannya
?J Tiga Perkara :-a. Diikrarkan dengan lidah
b. Ditashdiqkan dalam hati
c. Dikerjakan dengan anggotaS Berapa tandakah yang dikatakan
sesaorang itu Islam ?
J Empat perkara :-
a. Merendahkan diri keHadrat Allah dan sesama islam
b. Suci lidah dari memakan dan meminum benda haram
c. Suci lidah dari dusta dan mengumpat
d. Suci badan daripada Hadath Besar
S Yang dikatakan Islam berapa syarat pakaiannya ?
J Empat perkara :-
a. Sabar akan Hukum Allah SWT
b. Ridha akan Qadha Allah SWT
c. Menyerahkan Diri kepada Allah dengan tulus ikhlas
d. Mengikut Firman Allah dan Hadith Nabi.
S Apakah yang membinasakan Islam ?
J Empat perkara :-
a. Berbuat sesuatu amalan yang tiada dasar dari Islam itu
sendiri
b. Mencela orang berbuat baik & meringankan Hukum Allah
SWT
c. Diketahui tetapi tidak dibuat
d. Tiada tahu tetapi malas bertanya
Adapun Makrifat yang mesti diketahui itu ialah 20 Perkara
terbahagi kepada 5 Bahagian…….
BAHAGIAN PERTAMA :-
Hendaklah diketahui 4 perkara yakni :-Pertama Allah sabelum
bernama Allah apa NamaNya ?
Kedua Muhammad sebelum bernama Muhammad apa namanya ?
Ketiga sebelum hari yang tujuh itu apa namanya ?
Keempat sebelum Waktu Yang Lima itu apa namanya waktu itu ?
BAHAGIAN KEDUA
Hendaklah juga kamu ketahui 4 perkara lagi.
Pertama 40 hari hendak mati
Kedua 7 hari hendak mati
Ketiga 3 hari hendak mati
Keempat 24 jam sebelum mati.
BAHAGIAN KETIGA
Lagi 4 perkara yang perlu kamu ketahui
Pertama hendaklah KENAL DIRI kamu
Kedua hendaklah kenal NYAWA kamu
Ketiga hendaklah kenal PENGHULU kamu
Keempat hendaklah kenal TUHAN kamu
BAHAGIAN KEEMPATHendaklah ketahui akan ZIKIR PENYERAHAN
NYAWA kepada Allah . Ada 4 perkara juga.
Pertama Serahkan dengan ZIKIR AF’AL yakni La Ilaha Illallah
Kedua serahkan dengan ZIKIR ASMA’ yakni Allah Allah Allah
Ketiga serahkan dengan ZIKIR SIFAT yakni Hu Hu Hu
Keempat serahkan dengan ZIKIR ZAT yakni Ah Ah Ah
BAHAGIAN KELIMAHendaklah ketahui berkenaan RUH juga 4
perkaraPertama RUH JASMANI yaitu TUBUH kita yakni DIRI TERJALLI
Kedua RUH RUHANI yaitu HATI kita yakni DIRI TERPERI
Ketiga RUH IDHAFI yaitu NYAWA kita yakni DIRI YANG TERPERI
Keempat RUH AL-QUDDUS yaitu RAHSIA kita yakni DIRI YANG
WUJUD.
MUHAMMAD…………..Adapun nama MUHAMMAD itu jadi TUBUH pada kita.
Tubuh kepada Muhammad jadi NYAWA pada kita
Hati kepada Muhammad jadi NYAWA kepada kita
Nyawa kepada Muhammad jadi RAHSIA kepada kita.
TUBUH……………..
Adapun yang bernama TUBUH itu PERBUATAN yang datang daripada
HATI.
Perbuatan Hati datang daripada Nyawa
Perbuatan Nyawa datang daripada Rahsia
Perbuatan Rahsia datang daripada AF’AL ALLAH.
FUAD…………….
Adapun yang bernama MATA itu ialah untuk MELIHAT dan orang
yang melihat itu tempatnya pada MATA HATI pada JANTUNG.
Didalam jantung ada FUAD
Didalam Fuan ada CAHAYA
Didalam Cahaya ada RAHSIA
Didalam Rahsia itu adalah saperti Firman Allah SWT yang berbunyi
:-Al Insanu Sirri…Wa Ana Sirruhu
Insan itu adalah rahsiaKu dan Akulah rahsianya.
KENAPA NAMA MUHAMMAD ? ( Rahsia Muhammad )Adapun sebab Nabi
Muhammad itu bernama Muhammad kerana Kehendak Allah.
Sekalian ( Keseluruhan / Semuanya ) Alam ini terjadi kerana
Muhammad saperti dinyatakan didalam Hadith Qudsi :-Sekalian jadi daripadamu Ya
Muhammad dan engkau jadi daripada AKUSabda Baginda Rasul :-Aku jadi kerana
Allah dan sekalian alam jadi kerana aku.
RAHSIA MUHAMMAD ( Mim Ha Mim Dal )
KETERANGAN HURUM MIM AWAL MUHAMMAD (MIM AWAL )Pertama
menunjukkan ZAT hambanya berdiri solat
Kedua Tempat Makrifat tatkala Qiam
Ketiga Zikir Bagi Zat yaitu ZIKIR RAHSIA
Keempat tatkala itu Tuhan bernama AHDIAH
Kelima semasa itu Tuhan Semata-mata . Belim ada terjadi apa
apa akan masa itu bernama AH…( Alif Ha )
KETERANGAN HURUM HA MUHAMMAD ( HA )Artinya SIFAT HAMBA yakni
RUKUK dalam solat
Tempat HAKIKAT yaitu Rukuk
Zikir bagi Sifat yakni Nyawa
Tatkala itu Tuhan bernama WAHDAH
KETERANGAN HURUM MIM KEDUA MUHAMMAD ( MIM KEDUA )Artinya
ASMA’ HAMBA yaitu SUJUD dalam solat
Tempat TARIQAT tatkala Sujud
Tatkala itu Tuhan bernama WAHADIAH
Tatkala itu Tuhan TAJALLI sabenar-benarnya meliputi NUR
MUHAMMAD. Masa itu Tuhan bernama ALLAH SWT
KETERANGAN HURUM DAL MUHAMMAD ( DAL )AF’AL HAMBA yaitu DUDUK
dalam solat
Tempat SYARIAT yaitu tatkala dalam Duduk
Zikir bagi Af’al yaitu TUBUH La Ilaha Illallah
Tatkala itu Tuhan ibarat LA ( Lam Alif )
Tatkala itu bercampur RAHSIA dengan NYAWA dan ANASIR ADAM (
Alif Dal Mim )
KEJADIAN DIRI.Adapun kejadian DIRI itu terkandung dalam 20
perkara dibahagi kepada 4 bahagian
Bahagian Pertama1 Jenis ZAT Diri Wujud Rahsia Kita Alam
Lahut Ruh Al-Quddus2 Jenis SIFAT Diri Terdiri Nyawa Kita Wujud Mutlak Ruh
Idhafi
Alam Jabarut3 Jenis ASMA’ Diri Terperi Hati kita Wujud Alam
Ruh Ruhani
Tubuh halus4 Jenis AF’AL Diri Tajalli Jasmani Wujud Idhafi
Tubuh Yang Zahir
Bahagian Kedua
1 Wujud Wujud mutlak – Wujud Hakiki – Wujud Idhafi Wujud
Tajalli2 Ilmu Ilmu Hakiki – Ilmu Maklumat – Ilmu Fikir – Ilmu Ma’dom
Al-Asma’3 Nur Nur AlHadi – Nurul quddus – Nur hadi – Nur
Al-bayan4 Suhud Suhud Al-Ain – Suhud Khadafi – Khaliq Al-Asmat
Suhud Taufil
Bahagian Ketiga
1 Angin Angin Niat –Angin Padtar – Angin Sarsa – Angin
Serul2 Api Al-Hayat – Al-Muja – Sajin3 Air Maal Hayat – Maal Kus – Maal Zam Zam
– Maal Hain4 Tanah Tanah Firdaus – Tanah Tiin – Arbail baasir – Tiin Siipaab
Bahagian Keempat1 Di Jadi Ruh Masripah – Tubuh – Af’al2 Wadi
Jadi Tulang – Tariqat – Hati – Asma’3 Mani Jadi urat – Haqiqat – Nyawa – Sifat4
Ma’nikam Jadi Nyawa – Makrifat – Rahsia – Zat
Bahagian Kelima
1 LA ( Laf Alif )Ucapan bagi Tubuh menjaga kulit dan bulu
Qalbi kepada Baitullah2 ILAHA ( Alif Lam Ha )Ucaoan bagi Hati penjaga daging
dan darah Qalbi kepada Baitulmakmur3 ILLA ( Alif Lam Alif )
Ucapan bagi Nyawa penjaga urat dan tulang Qalbi kepada Arasy
4 Allah ( Alif lam Lam Ha )
Ucapan kepada Rahsia penjaga urat dan sumsum Qalbi kepada
Allah
KEJADIAN BENIH
HU QALBI itu RABBI terdiri Aku didalam Sifat Nafsiah Aku
dikandung dalam Wujud Allah La Ilaha Illallah Muhammadur Rasullullah Fi Kul Lil
Maha Tiin Wa Naf Sin Aa Da Da Maa Wa Si A-Hu Il MullahAdapun asal kejadian
BENIH manusia daripada MA’NIKAM daripada Syurga, dirupakan Allah SWT turun
kepada HU GHAIB rupa Allah jadi Ma’nikam rupa gilang gemilang hingga tujuh
petala langit dan tujuh petala bumi- kemudian manikam itu jatuh kepada ubun
ubun bapa 100 hari- kemudian manikam itu jatuh kejantung bapa 40 hari- kemudian
manikam itu jatuh ke Hati Nurani Cahaya Haq 7 hari
– kemudian Manikam itu jatuh TA’AYUN HATI berupa air 3 hari
– kemudian manikam itu MERTABAT ZAT pada pinggang bapa 24
jam
– kemudian Manikam itu jatuh kerahim ibu dengan rupa huruf
ALIF
– kemudian Manikam itu kepada ALAM RUH berkumpul saperti
biji . Itulah sebab ia bernama Manikam
– kemudian manikam bersifat ia bernama ALAM MITHAL. Ini yang
bernama saperti Firman Allah : al insanu sirri wa ana sirruhu
– kemudian ia menilik dirinya terlalu indah, lalu lupa
kepada dirinya bila bercampur dengan darah ibunya. Maka hilanglah rupa itu dan
bernama pula ia ALAM AJSAM yakni Alam Kasar. Kemudian bila sampai janji,
keluarlah ia dari kandungan ibunya dan hilanglah rupa yang dilihat maka
menangis ia sebab suara inilah bernama ALAM INSAN.
BILA AKHIR HAYATBila akhir hayat kita dapati
BERDENYUT-DENYUT PUSAT saperti asap serta kita mendengar ucapan :-ALASTU BI RAB
BIKUM – AH ( Alif Ha ) ANA MA – KAA NA BII MAA KAA NA MASA KAA NA.Maka jawablah
:-YA ANA LA ILA HA ILLALLAH – 3 kali
Kemudian nampak cahaya KEBESARAN ALLAH maka kita zikir ALLAH
– 3 kali
Kemudian kita nampak KALIMAH ALLAH maka kita zikir HU – 3
kali
Kemudian kita dengar UCAPAN TUHAN : ANA ALLAH LA ILA HA
ILLALLAH ANA….serta terus kita memandang akan KEBESARAN ALLAH maka kita zikir
AH – AH- AH ( Alif Ha ).
Maka tamatlah riwayat kita. Ruh kembali ke Rahmatullah.
Hasanul Khatimah.
ALHAMDU …..( Alif – Lam – Ha – Mim – Dal )
ALIFHuruf ALIF itu WAKTU SUBUH. Nabi Adam a.s cahayanya
putih. Malikatnya Jibrael Ruhani. Sahabatnya Abu Bakar & Fatimah Keluar
dari huruf ALIF itu DUA RAKAAT kerana TAJALLI Tuhan dua mertabat yakni MERTABAT
ZAT atau AHDIAH dan Mertabat SIFAT atau WAHDAH. Istananya dibawah susu kiri .
Keluar cahaya pada dahi. Kenyataan pada kita ialah MULUT & LIDAH
LAMHuruf LAM itu waktu ZUHUR. Nabi IBRAHIM cahayanya Kuning.
Malaikatnya MAKRIBUN. Keluar dari huruf Lam itu empat rakaat kerana TAJALLI
Tuhan WUJUD – ILMU – NUR – SUHUD. Istananya pada HATI di lambung susu kiri
yaitu RUH MAZIFAH. Kenyataan pada kita ialah HIDUNG & MATA
HAHuruf HA ini waktu ASAR. Nabinya Nabi Yunus a.s Cahayanya
Hijau Kuning. Malikaynya MIKAIL. Sahabatnya pula ialah Omar. Keluar dari huruf
HA ini empat rakaat yakni API – AIR – ANGIn – TANAH. Istanayna pada LIMPA –
Nafsu Jasmani. Kenyataan pada kita ialah BAHU & DADA.
MIMHuruf MIM itu waktunya MAGHRIB . nabinya ialah Nabi MUSA.
Cahayanya MERAH HITAM. Malikatnya ISHDAH & WAHIDIAH. Istananya PARU – PARU
Nafsunya Nafsu Haiwan. Kenyataan pada kita ialah MATA ( Cahayanya )
DALHuruf DAL itu waktu ISYA’ Nabinya Nabi NUH. Cahayanya
HIJAU HITAM. Malikatnya IZRAFIL. Sahabatnya ALI. Keluar dari huruf DAL itu 4
rakaat kerana Tajalli Tuhan DI – WADI – MANI – MA’NIKAM. Istananya HEMPEDU dari
bawah lidah hingga keteklinga. Kenyataan pada kita ialah TAPAK KAKI.
TEMPAT ZIKIR PADA TUBUH
ZIKIR QALBIDua jari bawah susu kiri = QALBI = HATI
ZIKIR RUHDua jari bawah susu kanan = RUH = NYAWA
ZIKIR SIRRDua jari bawah susu kiri = SIRR = RAHSIA
ZIKIR KHOFIDua jari atas susu kanan = KHOFI = TERSEMBUNYI
ZIKIR AKHFADitengah dada = AKHFA = TERLEBIH SEMBUNYI
ZIKIR NAFASAntara 2 kening meliputi sekalian kepala
ZIKIR KHALIAHDi ubun ubun meliputi sekalian jasad
20 SIFAT DI DALAM DIRI
1 WUJUDBadan Insan SIFATKU mula jadi menanggung didalam
dunia
2 QIDAMRUH JASMANI kulitku mula jadi meliputi sekalian alam
3 BAQA’RUHANI dagingku mula jadi menanggung RAHSIA didalam
DIRI
4 MUKHALAFATUHU LIL HAWADITHRUH NIBATI darahku mula menjadi
meliputi Alam Sendiri
5 BINAFSIHIRUH INSAN nafasku mula jadi berjalan ucapan
didalam DIRI
6 WAHDANIATRUH RABBANI hatiku asal mula jadi TAHU didalam
DIRI
7 KUDRATRUH QUDUS urat putihku yang tidak berdarah berjalan
setiap dalam DIRI-ku
8 IRADATRUH KAHFI tulangku asal mula jadi menguatkan Alam
Sendiri
9 ILMURUH IDHAFI benihku asal mula jadi YANG NYATA didalam
CERMIN HAQ10 HAYATRUH NURANI uratku yang meliputi didalam tubuh aku yang hidup
alam sendiri.
11 SAMA’BESI KURSANI pendengaranku asal semula jadi
12 BASARPANCARAN MA’NIKAM kalam aku berkata-kata dengan
sendiri
13 KALAMRUH MA’NIKAM menzahirkan perkataan didalam dunia
14 QADIRUNWUJUD MA’NIKAM tali Ruhku KUNHI ZAT dengan Sifatku
15 MURIDUNILMU ALLAH badanku asal mula jadi KALIMAH didalam
diriku
16 ALIMUNDARJAT ALLAH kebesaranku asal mula jadi duduk
didalam otak yang putih
17 HAIYUNAmalan terlebih suci ialah amalan Kalimah Aku asal
mula jadi alam diriku
18 SAMIUNBersama ZAT & SIFAT WAHDAH didalam Kalimah iman
diriku
19 BASIRUNRAHSIA NYAWA dengan BADANWAHIDAH bersamalah Zat
dengan badan tidak bercerai dunia akhirat
20 MUTAKALLIMUNGhaib didalam Ka’bah Ghaib aku didalam Ka’bah
Kaca Arasy yang putih titik didalam Kalimah.
AWALUDDIN MAKRIFATULLAH
Permulaan agama mestilah MENGENAL ALLAH.Firman allah :-Ya
Muhammad kenalkanlah DIRI kamu sebelum kamu Mengenal Aku dan sebenar-benar
kenal Diri kamu ialah Engakau Kenal AkuAllah juga Berfirman :-Ya Muhammad Aku
jadikan baharu alam ini kerana Engkau dan Aku jadikan engkau kerana Aku. Maka
engkau inilah sebenar-benarnya RAHSIA AKU.
Dengan ini bererti kita mesti berpegang kepada pokok
kesimpulan RAHSIANYA itu yakni kita mesti betul betul kepada pengertian dan
pemahaman RahsiaNya itu dengan terang dan jelas. Marilah kita renungi Firman
Firman Allah saperti berikut :-
Aku tidak memandang kepada rupamu yang cantik…pengetahuanmu
yang banyak jika kamu tidak Mengenal Aku maka sia sia sajalah amal kebajikan
serta solat kamu yakni umpama debu yang berterbangan diudara ditiup angin
Engkau itu Aku dan Aku itu engkau
Oleh itu saudaraku sekalian kamu tuntutlah betul betul dan
pelajarilah dengan sungguh sungguh serta kajilah dengan mendalam agar kamu
DAPAT MENGENAL ALLAH dengan sebanar-benarnya. Mudah-mudahan Allah akan mengangkat
Darjat kamu menjadi AHLI SUFI dan WALINYA.
Sebanyak manapun kitab kita baca, kaji dan pelajari INTIPATI
yang perlu kita dapat dan perolehi hanya EMPAT ( 4 ) PERKARA sahaja yaitu
perkara yang membolehkan amal ibadah kita diterima dan diakui oleh Allah SWT.
Perkara itu ialah :-PertamaMengenal Allah dengan
sebenar-benar pengenalan dengan bukti yang terang dan jelas.Keduasentiasa dalam
TUBUH ALLAH dengan bukti yang terang dan jelas juga.
Ketiga
sentiasa mendengar SERUAN ALLAH juga dengan bukti yang jelas
dan terang.
Keempat
Datang dari Allah kembali kepada Allah dengan pedoman yang
sebenar-benarnya terang dengan bukti yang jelas.
Sesungguhnya keputusan perkara perkara diatas, nampaknya
senang dibaca tetapi tiap tiap satu perkara diatas bukanlah mudah diperolehi
pemahaman dan pegangan keimanannya walaupun kita telah membaca mengkaji banyak
buku, berguru dengan ramai guru, jika kita tidak menemui / ditemukan dengan
buku buku dan guru guru yang benar benar dapat memberi petunjuk untuk pemahaman
kita secra terang dan jelas.
RAHSIA DI DALAM DIRI Inilah pada menyatakan bahawa didalam
badan manusia itu EMPAT BAHAGI yaitu :-
NAFAS
ANPAS
TANAPAS
NUPUSSesungguhnya bagaimana rupa jasmani begitu jugalah rupa
NYAWA.Manakala Nyawa itu adalah NAFAS dan TANAPAS itu saperti ANPAS. Maka
keempat itu berperingkat sampai kepada NUPUS dan Nupus itu saperti rupa ZAT
manakala Zat itu saperti rupa SIFAT dan Sifat itu saperti rupa ASMA’ dan Asma’
itu saperti rupa AF’AL.
Dan perkara diatas diakui oleh Allah saperti FirmanNya
melalui Hadith Qudsi :-
QA LAL LAH HU TAALA – AL INSANU SIRRI WA ANA SIRRUHI SI FATI
ILLA KHAIRI LIL LAH
Insan itu rahsiaKu dan Aku rahsianya. SifatKu itu Sifatnya
tiada ada daripadaku melainkan Allah Taala
Barangsiapa mengenal akan BADANnya ia mengenal akan
NYAWAnya. Barangsiapa mengenal akan nyawanya ia akan mengenal akan SIRRnya
Barangsiapa mengenal akan Sirrnya akan mengenal akan TUHANnya yang qadim
adanya.
Ketahuilah olehmu wahai talib – YANG KELUAR itu bernama
NAFAS dan yang dinamai ANPAS itu gerak dari hidung sampai kebawah leher. Dan
yang dinamai TANAPAS itu gerak dari bawah leher sampai ke hati. Yang dinamai
NUPUS itu didalam Hati. Itulah HAKIKAT NYAWA.
WUJUD
WUJU DU KA ZAHRU WALA YUQA MU BI HI ZAHBU
Barangsiapa mengadakan DUA WUJUD jadi SYIRIK
ANA WUJU DA HU
Ada kita dengan DIA
WA NAF SUHU
Ada DIA dengan sendirinya.
Adapun WUJUD itu AIN ZAT artinya kenyataan kerana lafaznya
dibaca itu wujud maknanya ZAT. Ini adalah kerana Wujud itu ADA. Maka yang ADA
itu ZAT. Maka tiada diperoleh dengan lafaz yang lain daripada Wujud itu kerana
wujudnya itu menyatakan Zatnya. Maka disebabkan itu dikatakan AIN ZAT namanya.
Adapun Wujud itu artinya ADA. Apa yang dikatakan itu ada.
Yang dikatakan itu ialah ZAT.
Adapun Wujud ini ditilikkan pihak lafaznya SIFAT dan jika
ditilik pada maananya ZAT dan apa yang dikatakan lafaz itu kerana bacaan itu
Wujud ada ZAT. Inilah maananya.
Adapun WUJUD DIRI SENDIRI berdiri dengan ZAT. Apa sebab
dikatakan Wujud itu berdiri dengan Zat ? Sebab lafaz wujud itu ada manakala
yang ADA itu ialah ZAT.
PERINGATAN TENTANG SEMBAHYANG
Barangsiapa menyembah NAMA TANPA MAANA bahawasanya ia KUFUR
Barangsiapa menyembah MAANA TANPA NAMA bahawasanya ia
MUNAFIK
Barangsiapa menyembah NAMA DAN MAANA dengan HAKIKAT MAKRIFAT
mereka itulah MUKMIN sabenar benarnya t
Barangsiapa meninggalkan NAMA DAN MAANA bahawasanya mereka
itulah ARIFBILLAH
Solah Daim itu ialah solah tanpa huruf tanpa suara tanpa apa
apa perbuatan. Ianya ialah kerja HAYAT atau kerja HIDUP. Yang Hidup itu ialah
NURULLAH atau Nur Muhammad yakni Nyawa.
PENGERTIAN ALLAH DAN NABI MUHAMMAD MUSTAFFA RASULLULLAH
NABIAdapun Tubuh Nabi Muhammad itu yang zahir ialah AF’AL
daripada ZAT
Adapun nyawa Nabi Muhammad itu SIFAT daripada ZAT ALLAH.
SIFATAdapun SIFAT itu NYAWA kepada Muhammad
MUSTAFFA – Adapun hati Mustaffa itu ASMA’ daripada ZAT
ALLAH.
ASMA’Adapun ASMA’ itu Nama NamaNya.
AF’ALAdapun AF’AL itu Tubuh Nabi namanya AF’AL.
RASULLULLAH – Adapun Rasullullah itulah SIRR daripada ZAT
ALLAH SWT.
ZATAdapun ZAT itu TUHAN, Rahsia pada Nabi, Cahaya Ilmu Kalam
– SIRRULLAH namanya.Inilah kita bertuhan pada Allah dengan 4 syarat yakni
:-Pertama ZAT ALLAH itu Tuhan pada kita
Kedua SIFAT ALLAH itu NYAWA pada kita
Ketiga ASMA’ ALLAH itu HATI pada kita
Keempat AF’AL ALLAH itu TUBUH pada kita.Dan TAJALLI Af’al
Allah pada Tubuh kita dan Tajalli Asma’ Allah pada Hati kita dan Tajalli Sifat
Allah pada Nyawa kita dan Tajalli Zat Allah pada Sirr kita yakni
sebenar-benarnya RAHSIA kita adanya.
ASAL RUKUN 13 DIDALAM SOLAT.
Inilah asal Rukun 13 yang wajib diketahui dalam melakukan
Solat.
Adapun Rukun Solat itu datangnya daripada ALLAH – BAPA dan
IBU.
DATANG DARIPADA ALLAH – 5 PERKARA.
1 Niat
2 Nyawa
3 Wujud
4 Nafas
5 Af’alYaitu didalam bentuk Merasa – Mencium – Menjamah –
Melihat & MendengarDATANG DARIPADA BAPA – 4 PERKARA1 Tulang
2 Kuku
3 Rambut
4 Rupa
DATANG DARIPADA IBU – 4 PERKARA
1 Darah
2 Daging
3 Otak
4 Lendir
Terhimpun menjadi 13 . maka jadilah Rukun 13 perkara
melakukan SOLAT setiap hari memulangkan sekalian HAKNYA sebagai ISI AMANAH yang
dipertaruhkan kepada kita.
YANG MATI – YANG HILANG – YANG TINGGAL – YANG PULANG
YANG MATI itu ada 6 perkara yakni – Wujud – Anggota – Hawa –
Nafsu – Gerak & Diam.
YANG HILANG pula ada 4 perkara yakni Darah – Daging – Tulang
& Kulit
YANG TINGGAL itu ada 2 perkara yakni Iman & Taat
YANG PULANG ada satu sahaja yakni NYAWA. Pulang keempunyanya
keasalnya
HENING – QASAD – TAQRID & TA’YUN
HENING itu apa ?Adapun HENING itu tiada dapat menyerupai
dengan CAHAYA yang lain. Adapun JERNIH itu apakala tertenung lantas 7 petala
langit dan 7 petala bumi.Maka dalam cahaya yang HENING JERNIH itu yang terang
benderang itulah CAHAYA PUTIH SIFAT saperti terlebih putih daripada kapas bersifat
saperti SIFAT KITA.Ada tanda pada DAHI kita tersurat NAMA ALLAH. Inilah RUH
NABI kitaMaka dalam ZIKIR ALLAH syaratnya terhapus sekalian diri dengan keadaan
diri kita yang kehambaan bagi RUH NABI saw yang dikatakan sebenar-benar SIFAT
ALLAH NUR MUHAMMAD namanya.
Dan cahaya terang benderang hening jernih itulah CAHAYA ZAT
ALLAH adanya. Wallah Hu Alam.
QASADAdapun QASAD itu MENYATAKAN NIAT tiada huruf dan tiada
suara. Yang ada huruf dan suara BUKAN NIAT tetapi ADOM ( ADAM )Adapun yang
sebenar-benarnya NIAT yang tiada huruf dan tiada suara itu ialah ZAT ALLAH.
Inilah NIAT yang sebanar-benarnya. Asal Niat dan tempat niat pada zahirnya
ialah kita yang berniat tetapi sebenarnya ialah TUHAN YANG MUTLAK yang bersifat
WAJIBUL WUJUD KHALIQ AL ALAM lagi ber-Sifat KAMIL MUKAMIL.
TA’RIDAdapun TA’RID itu MENYATAKAN FARDHU. Yang
sebenar-benarnya Fardhu itu ialah TAJALLI SIFAT ALLAH ertinya NYATA SIFAT ALLAH
itu NUR MUHAMMAD AIN SABITAH pun ia juga namanya, UJUD IDHAFI dan INSAN pun ia
juga. Inilah sebenar-benarnya FARDHU itu.Asal Fardhu ialah RUH NABI MUHAMMAD
saw tempat Tajalli sekalian Ruh Adam itu.Sebab dikatakan ASAL FARDHU yang
sebenarnya kerana sekalian nyawa itu tajalli daripada NUR MUHAMMAD saperti kata
HADITH QUDSI :-ANA MINALLAH HU KUL LII SHAI IIN MINAN NUR yang bermaksud
Daku daripada Allah manakala segala sesuatu atau cahaya alam
ini daripada cahayaku.
ANA MINALLAHU WAL ANBIYA ……( tidak jelas = fakir ) yang
bermaksud :-
Aku daripada Allah sekalian anbia’ daripada aku.
ANA MINALLAHU WAL MUKMINI NAA MIN NI
Aku daripada Allah dan segala / semua mukminin daripada aku
Inilah sebabnya dikatakan MUHAMMAD itu BAPA SEKALIAN RUH dan
ADAM itu BAPA SEKALIAN TUBUH / JASAD.
Inilah juga sebab kenapa dikatakan yang Fardhu PADA KITA ITU
NYAWA. Nyawa itu PEMERENTAH BADAN. Jika tidak digerak oleh Nyawa tidak
bergeraklah badan. Wallah hu Alam.
TA’YUNAdapun TA’YUN itu menyatakan WAKTU Zuhur, Asar dan
lain lain lima waktu itu. Adapun yang sebenarnya NYATA AF’AL ALLAH SWT pada
Jasad Adam yaitu Tubuh kita ialah ALAMM RUH YANG KASAR. Itulah sebenarnya
TA’YUN yakni sebenar benar NYATA.
TAUHID TAKBIRATUL IHRAM ( TI )
Adapun syarat TI itu hendaklah HADIR MATA HATI SYAHADAT KE
ZAT ALLAH SWT.
Sebelum takbir kita NIATKAN didalam Hati yang kita
MEMULANGKAN SEKALIAN PANCAINDERA yang dikurniakan kepada kita ( kepada Allah =
fakir ) Niatnya ialah Tiada pendengaranku hanya ia ( pendengaran Zat Allah )
tiada penglihatanku hanya ia tiada huruf tiada suara hanya ia tiada ciukmku
hanya ia tiada gerak dan diamku hanya ia.
HAKIKAT ZAT AF’AL – HAKIKAT SOLAT
Adapun ertinya SOLAT sebenarnya YANG MENYEMBAH ITU HAMBA,
YANG DISEMBAH ITU TUHAN.
Yang menyembah itu FANA’ – yang disembah itu BAQA’. Maka
sihamba PULANG KEPADA ADOMNYA. Maka KEKALLAH TUHAN semata-mata pada SUHUD (
pandangan = fakir ) kita.
Yang Menyembah dan Yang Disembah pun ia juga. Yang memuji =
DIA Yang Dipuji pun DIA juga kerana Allah SWT Memuji DiriNya sendiri melalui
lidah makhlukNya ( Insan )
Maka hamba itu tetaplah FANA’ sebab ditilik sekalian keadaan
dirinya habis terpulang kepada Allah – Ilmu, hayat, Kudrat, Iradat, Sam’,
Basar, Kalam . Yang ada pada dirinya adalah SIFAT ZAT ALLAH semata-mata.
Adapun Tuhan itu tiada diatas, tiada dibawah, tiada
dihadapan, tiada dibelakang tiada dikanan mahupun dikiri.
TIADA HAMBA TIADA TUHAN YANG WUJUD HANYA ZAT ALLAH WAJIBUL
WUJUD.
MEMULANGKAN AMANAH.Hadith Qudsi yang bermaksud :-1 TUKARKAN
CAHAYA DIRIMU KEPADA CAHAYA TUHANMU2 MATIKAN DIRI KAMU SEBELUM KAMU MATIAdapun
maksud MATIKAN itu ialah MEMULANGKAN AMANAH ALLAH yang ditanggungkan kepada
kita. Amanah Allah itu ialah WUJUD KITA YANG KASAR ( Jasad ) dan Yang
Menanggung Amanah itu ialah WUJUD KITA YANG BATIN yakni Nyawa dan YANG
MENGAMANAHKAN itu ialah ZAT ALLAH.
Adapun SYARAT Memulangkan Amanah Allah itu ialah tatkala
kita mengatakan ALLAH itu tarik nafas kita dari dalam FUAD hingga sampai kealam
QUDDUS. Alam itu UBUn UBUN dan makam KAB FUSAIN yaitu antara dua bulu kening.
Maka kita tahankan hingga kuat sekalian alam kita merasa
hapus wujud kita yang kasar kepada wujud kita yang batin – hapus wujud yang
batin kepada ZAT SEMATA-MATA kepada suhud kita.
Maka hapus dan karamlah sekalian SIFAT BASRIAH dalam lautan
BAHRUL QADIM hingga nyata Sifat laut semata-mata yaitu Laut Alam Allah. Maka
katakanlah ALLAH HU AKBAR . telah fana’ sekalian kelakuan dan diri kita maka
nyatalah BAQA’ keadaan ZAT Tuhan semata-mata. Inilah dikatakan SUHUD sehingga
sampai kepada SALAM.
Adapun SUHUD itu ertinya PANDANG MATA HATI erti Mata Hati
ialah pengetahuan Nyawa. Alam Nyawa itulah sebenar-benarnya IMAN.
Inilah SIRRULLAH yaitu cahaya Alam Ilmu ZAT ALLAH yang tiada
huruf tiada suara Wujud Mutlak yakni Wujud Zat Wajibul Wujud.
Dengan ini Jasad kita KAMIL dengan Nyawa kita dan Nyawa
Kamil Mukamil dengan ZAT ALLAH
DALIL NAQLI – AYAT AL-QURAN
Telah ada Aku dalam dirimu – betapa tidak kamu lihat ?
SIFAT MAANI & SIFAT MAKNUYAH
A DAERAH KITA MENGENAL DIRI YANG KASAR
ADAM = JASAD YANG KASARa. HIDUP Jasad dengan hidup Nyawa
b. TAHU Jasad dengan tahu Nyawa
c. BERKUASA Jasad dengan berkuasa Nyawa
d. BERKEHENDAK Jasad dengan kehendak Nyawa
e. MENDENGAR Jasad dengan mendengar Nyawa
f. MELIHAT Jasad dengan melihat Nyawa
g. BERKATA Jasad dengan berkata Nyawa
B DAERAH KITA MENGENAL DIRI KITA YANG BATIN
MUHAMMAD = NYAWA INSANa. HIDUP Nyawa dengan HAYAT Tuhan
b. TAHU Nyawa dengan ILMU Tuhan
c. BERKUASA Nyawa dengan KUDRAT Tuhan
d. MENDENGAR Nyawa dengan SAMA’ Tuhan
e. MELIHAT Nyawa dengan BASAR Tuhan
f. BERKEHENDAK Nyawa dengan IRADAT Tuhan
g. BERKATA Nyawa dengan KALAM Tuhan
PANDANG WUJUD YANG ESA PADA WUJUD YANG BANYAK
ZIKIRNYA HU ALLAH
Adapun Allah itu banyak namaNya kerana Nama Allah yang
menjadikan Alam dengan limpah Sifat Sifat diatas. Oleh itu Alam ini ialah
Hakikat ZAT YANG ESA.
DALIL DALIL AL-QURAN WALLAH HU MUHITHU LIL ALAMIN
Adapun Allah itu MELIPUTI sekalian AlamLA TATA HAR RAKU ZAR
RATUN BI IZ NILLAH
Tiada bergerak sesuatu walau sebesar zahrah sekalian
melainkan dengan IZIn Allah
WA LA HAU LA WALA QUWWA TA ILLA BILLAH
Tiada DAYA UPAYA melainkan dengan KUDRAT AllahFA IN NA MA
TAL WAL LAU AF SII HIM WAJ JAHULLAH
Dimana kamu hadapkan wajahmu disitu Wajah AllahBarang kamu
pandang pada ini hingga sampai yang menjadikan janganlah terhenti pandang kamu
pada sekalian itu hingga sampai kepada yang Menjadikan yaitu ZAT WAJIBUL WUJUD
Jika kamu pandang keadaan diri kamu hendaklah kamu pandang
dengan HAYAT Tuhanmu. Jika kamu pandang pengetahuanmu hendaklah kamu pandang
ILMU Allah. Apabila kamu pandang kuasamu hendaklah kamu pandang KUDRAT Allah.
Begitulah seterusnya dengan pancaindera kamu dan Sifat Sifat MAANI Allah yang
lain.
Jika tidak demikian halnya sia sialah pandangan itu dan
DERHAKA kamu terhadap Tuhan kamu
ALLAH – NIAT – AHDAH
– WAHDAH – WAHIDIAH
ALLAH – Alif – Lam –Lam- Ha
ALIF itu AHDIAH ZATLA TAAYUN pun ia SIRRULLAH pun ia juga.
Inilah ASAL NIAT yang tiada huruf dan tiada suara. Inilah USALLI SOLAT artinya
Aku Solat Sifatnya NAFSI WUJUDAdapun ALIF itu dalil menyatakan FARDHU . Inilah
maknanya ZAT mertabat INSAN dan AHADIAH. Dengan kebesaran ALIF ini maka jadilah
LAM yakni dengan kebesaran dan kekayaan SIFAT ZAT ertinya ESA pada pihak
TANZIL.LAM AWAL = ALIF DIATASAdapun ALIF DI-ATAS itu dalil menyatakan SIFAT
huruf ALIF diatas. Maka jadilah LAM AWAL maknanya SIFAT SEMATA-MATA mertabatnya
WAHDAH yakni TA’AYUN AWAL ertinya NYATA YANG PERTAMA yakni TAJALLI SIFAT ALLAH
menjadi NUR MUHAMMAD – AIN SABITAH – WUJUD IDHAFI – INSAN KAMIL pun ia juaga
menanggung namaNya ALLAH. Inilah asal FARDHU yang sebenarnya yakni SIFAT MAANI.
LAM AKHIR = ALIF DIBAWAH
Adapun Alif Di-bawah itu dalil menyatakan ASMA’NYA. Huruf
Alif dibawah menjadi LAM AKHIR maknanya ASMA’ mertabat WAHIDIAH yang bernama
ALLAH yakni TA’AYUn THANI ertinya NYATA YANG KEDUA maka Tajallilah RUH ADAM
dengan kebesaran , kelimpahan Ruh inilah menjadi Tubuh Adam daripada huruf Alif
Di-Atas.
Maka huruf ini maknanya Zat Alif Di-Atas maka jadilah LAM
AWAL maknanya Sifat Alif dibawah. Maka jadilah LAM AKHIR maknanya ASMA’ ALIF
didepan. Maka jadilah maknanya AFAL . Maka 4 huruf itu empat Sifat Alif Lam Lam
Ha
ALLAH HU AKBAR
ALLAH – ( Alif – Lam – Lam – Ha ) – Empat SifatALIF = ZAT
LAM AWAL = SIFAT
LAM AKHIR = ASMA’
HA = AF’ALAKBAR – ( Alif – Kaf – Ba – Ra )ALIF = KAHAR
KAF = JAMAL
BA = JALAL
RA = KAMALALLAH = GHAIBUL GHUYUB
ALIF = LA TA’AYUN = MERTABAT ZAT
LAM AWAL = TA’AYUN AWAL = NUR MUHAMMAD = RUH
LAM AKHIR = TA’AYUN THANI = MERTABAT ADAM = NYAWA
HA = MERTABAT TUBUH = JASAD
ZAT DIRI YSNG BERDIRI SENDIRI .Wujudnya di Alam LAHUT.
Zikirnya AH ( Alif Ha ) AH . Ilmunya KAMAL YAKIN
SIFAT DIRI DENGAN ZAT. Wujudnya Alam JABARUT. Zikirnya HU
HU. Ilmunya HAQ QUL YAKIN
ASMA’ DIRI YANG TERPERI. Wujudnya di Alam MALAKUT. Zikirnya
ALLAH 3 x . Ilmunya – ILMU YAKIN
AF’AL DIRI YANG TAJALLI. Wujudnya diAlam SAHADAH. Zikirnya
LA ILA HA ILLALLAH. Ilmunya – ILMU YAKIN.
Jelaslah kewujudan itu sebagai PENZAHIRAN KEBESARAN diriNya.
Dengan wujud itu terzahir pula segala KEINDAHAN JAMAL Allah
namanya. Lantas terzahir pulalah CAHAYANYA yang menerangi segala Keindahan itu
JALAL ALLAH namanya dengan KEAGUNGAN itu sempurnalah sudah sebagai Kenyataan
ALLA HU AKBAR.
DARI … Manuskrip ILMU & MAKRIFAT TOK GURU PERAMU –
ENTRI KEENAM BELAS ( 16 – TERAKHIR. )
HAKIKAT FATIHAH…………….
Ia Menyatakan DIRI
BISMILLAH…………..Menjadi ia diriNya AR-RAHMAN itu Ya Muhammad
, engkau jua keadaan YA RAHIM itu. Ya Muhammad engkaulah kekasihKu. Tiada yang
lain.
ALHAMDULULLAH…….
Ya Muhammad yang membaca Fatihah itu Aku. Yang memuji itu
pun Aku. Alhamdulillah itu Ya Muhammad Solatmu ganti SolatKu tempat memuji
DiriKu sendiri.
RABBUL ALAMIN…………….
Rabbul Alamin itu Aku Tuhan Sekalian Alam.
AR RAHMAN – AR – RAHIM………..
Ya Muhammad yang membaca Ftihah itu Aku yang Memuji itu pun
Aku juga.
MALIKIYAU MID DIIN…………..
Ya Muhammad Aku Raja Yang Maha Besar…engkaulah kerajaannya.
IYYA KANA’ BUDU…………….
Ya Muhammad yang solat itu Aku. Aku memuji DiriKu Sendiri..
WA IYYA KAA NAS TAA IIN….
Ya Muhammad tiada kenyataanKu jika engkau tiada…
IH DI NAS SII RATAL MUSTAAQIM…
Ya Muhmammad Awal dan Akhir itu Aku
SIRATAL LAZI NA AN AM TA ALAI HIM..
Ya Muhammad sebab Aku sukakan engkau ialah engkau itu
kekasihKu.
GHAI RIL MAGHDU BI ALAI HIM..
Ya Muhammad Aku jadi Pemurah padamu kerana engkau itu
kekasihKu
WA LAD DHAL LIN…
Ya Muhammad jika tiada Aku maka tiadalah engkau..
AMIN..
Ya Muhammad Rahsiamu itu Rahsia Aku.
Yakni yang disembah itu tiada suatu juapun didalamnya
melainkan Tuhanku. Maka apabila Solat ghaiblah didalamnya . Apabila ghaib
ESA-lah ia dengan Tuhannya.
Yang Solat itu tiada dengan lafaz dan maknanya dengan
citarasa yang solat amat rapat kepada Zat Yang Esa dengan kata ALLA HU AKBAR.
Maka barangsiapa masuk didalam Solat tiada SERAH Tubuh dan
Nyawa-nya maka kekallah Sifat dengan Tuhannya – tiada mengesakan dirinya dengan
Tuhannya. Sabda Nabi saw :-
Tatkala kamu Takbiratul Ihram membuangkan lafaz dan makna
melainkan Wujud Mutlak semata-mata.
sumber : https://jiwa2kegelapan.wordpress.com
Komentar
Posting Komentar