RAHASIA MA'RIFAT 14 : MA'RIFAT TAUHIDUL IMAN

RAHASIA MA'RIFAT 14 : MA'RIFAT TAUHIDUL IMAN
Makrifat adalah nikmat yang teramat besar, bahkan kenikmatan syurga tiada
sebanding dengan nikmat menatap wajah Allah secara langsung. Itulah puncak dari
segala puncak kenikmatan dan kebahagiaan.
Rasulullah SAW sendiri menjanjikan hal ini dan baginda pernah menyebut
bahawa umatnya dapat melihat Allah SWT di saat fana maupun jaga (sadar).
KezahiraNya sangat nampak pada hamba. Hadis qudsi Al insanu syirri wa ana syirrohu
(Adapun insan itu Rahasiaku Dan Aku pun Rahasianya).
Firman Allah: Kuciptakan Adam dan anak cucunya seperti rupaku (Khalakal insanu
ala surati Rahman). Kesimpulannya insan itu terdiri daripada tiga unsur, iaitu
Jasad, Ruh/Nyawa dan Allah. Maka dengan itu hiduplah hamba.
Adapun Jasad, Nyawa, dan Allah taala, bagaikan sesuatu yang tidak
dapat dipisahkan antara satu dengan yang lain. Umpama langit, bumi, dan
makhluk yang tidak dapat dipisahkan antara satu dengan yang lain. Bagaimanapun
pandangan insan terhadap Tuhannya adalah berbeza-beza, mengikut tahap
pencapaian ilmu masing-masing.
Pada pandangan amnya, Allah Taala itu satu, dan hamba menyembahNya
bersama-sama dan beramai-ramai, tetapi sebenarnya (hakikatnya) bukan
begitu. Itu hanya sangkaan umum saja. Dari segi makrifat Allah SWT
itu Esa pada wujud hamba. Dalilinya, QS Al Qaf 50:16: Aku
lebih dekat dari urat lehernya. QS Az Zariyat51 :21: Dalam diri kamu mengapa
tidak kamu perhatikan.
Masing-masing hamba sudah mutkak (esa dengan Tuhannya), satu persatu
(esa) diberi sesembahan (Allah di dalam diri), kenapa berpaling mencari Tuhan
yang jauh, ini sungguh melampaui batas (tidak makrifat).
Dalilnya, QS Al Hadid 57:4: Aku beserta hambaku di mana saja dia berada. Oleh
itu, janganlah risau dan takut Allah sentiasa bersama kita ke mana sahaja
kita pergi.
Sekarang, mari kita lihat pula bagaimana Nabi Musa melihat Tuhannya, seperti
mana yang diceritakan di dalam Al Quran. Allah SWT berfirman mengisahkan
permintaan Musa untuk melihatNya QS Al A’raaf 7:143:
Dan tatkala Nabi Musa datang pada waktu yang kami telah tentukan itu, dan
Tuhannya berkata-kata dengannya, maka Nabi Musa (merayu dengan) berkata:”
Wahai Tuhanku, perlihatkanlah kepadaku (Dzat-Mu Yang Maha Suci) supaya aku
dapat melihat-Mu.” Allah berfirman: ”Kamu sekali-kali tidak dapat
melihat-Ku,
(rahasianya: tidak ada siapa yang dapat melihat Allah, hanya Allah
dapat melihat Allah. Hamba terdinding daripada Allah, kerana selain
wujud Allah, masih ada Rasa wujud Hamba).
tetapi pandanglah ke gunung itu,
(Pada ketika Nabi Musa memandang gunung itu, begitu juga Allah Taala
berpisah sementara daripada jiwa Nabi Musa, maka Nabi Musa pengsan,
bukannya mendengar akan letusan gunung tersebut)
jika ia tetap berada di tempatnya (sebagaimana sediakala) nescaya kamu dapat
melihat-Ku.
(” Engkau adalah aku, aku adalah engkau “, apa yang disaksikan Nabi Musa adalah
menyaksikan dirinya di luar dirinya untuk sementara waktu, setelah Allah
bertajalli (menzahirkan kebesaran-Nya) kepada gunung itu, (maka)
tajalinya itu menjadikan gunung itu hancur lebur dan nabi Musa pun
jatuh pengsan.)
Setelah Nabi Musa sedar, dan berkata: ” Maha Suci Engkau (wahai Tuhanku),
aku bertaubat kepada Engkau dan akulah orang yang pertama beriman (pada
zamanku)”
Demikian sedikit paparan tentang Nabi Musa melihat Tuhannya. Dan jelaslah Allah
dapat dilihat tetapi bukannya dengan mata kasar, yang dilihat dengan mata kasar
itu adalah hijab, oleh itu jangan tersalah, hati-hati, kalau tersalah boleh
menjadi syirik dan kufur.
Maha Suci Allah Yang Maha Berkuasa, tiada daya sekalian makhluk melainkan
Allah.
Komentar
Posting Komentar