MAJELIS 7-6 KITAB KEMATIAN BAB 1 - INGAT MATI DAN BERSIAP SEDIA MENYAMBUTNYA
Imam al Qurthubi
Andalusia
Bab Tafsir yang
dipetik dari kitab beliau yang betajuk "Al Taskirat bi Awali al Mauta wal
Umur al Akhirat
Dari riwayat an-Nasa'i
ra dari Abu Hurairah ra, Rasulullah saw bersabda yang maksudnya "
Selalulah bagimu mengingati akan sesuatu yang melenyapkan nikmat-nikmat "
iaitu Kematian. Hadis ini juga diriwayatkan oleh Ibnu Majah dan at Tarmidzi.
Kemudian dari riwayat al Hafizh Abu Naaim dengan sanat yang jelas Malik bin
Anas, dari Yahya bin Sa'id, dari Sa'id ibnu Musayyaib dari Umar ibnu Khathaab,
ia mendengar Rasulullah bersabda "Selalu selalulah kamu ingat akan sesuatu
yang dapat melenyapkan nikmat-nikmat"... kami bertanya "Ya
Rasulullah, apa itu sesuatu yang dapat melenyapkan nikmat-nikmat ?" Beliau
manjawab "Kematian".
Diriwayatkan oleh at
Thabrani dan Ibnu Majah dari Umar bahawa ia berkata, " Ketika kami sedang
duduk bersama Rasulullah, tiba-tiba muncul seorang sahabat Ansar, setelah
mengucapkan salam ia pun bertanya " Rasulullah, siapakah orang mukmin yang
terbaik ? Rasulullah menjawab, "Yang paling baik akhlaknya". Kemudian
ia bertanya lagi, "Siapakah orang mukmin yang paling bijak sekali ?
Rasulullah menjawab, " Yang selalu mengingati kematian dan yang mempunyai
persiapan terbaik untuk menyambut apa yang akan terjadi sesudahnya". Hadis
ini juga diriwayatkan oleh Malik. Diriwayatkan oleh at Tarmidzi ( Ibnu Majah,
Ahmad dan at Thabrani) dari Syahdad bin Aus, mengatakan bahawa Rasulullah
bersabda, "Orang bijak ialah orang yang selalu muhasabah dirinya sendiri
dan beramal untuk Alam Akhirat nanti. Manakala orang yang bodoh itu ialah orang
yang mengikuti hawa nafsunya tetapi mengharap-harap pertolongan (redha)
Allah". Diriwayatkan oleh at Tarmidzi dari Anas bahawa Rasulullah
bersabda, "Selalulah kamu mengingati kematian. kerana sesungguhnya hal ini
dapat membersihkan dosa-dosa dan dapat membentuk dirimu zuhud kepada dunia
". Hadis riwayat Hitsami dan at Thabrani (dhaif) disebut bahawa sesseorang
sahabat bertanya kepada Rasulullah, "Ya Rasulullah, apakah diakhirat nanti
ada seseorang yang dikumpulkan bersama-sama para syuhada ?. Rasulullah
menjawab, "Ada... iaitu orang yang selalu mengingati kematian sebanyak 20
kali sehari semalam".
Firman Allah swt
didalam surah al Mulk ayat 2 yang mafhumnya "Yang menjadikan hidup dan
mati, supaya dapat diuji siapa diatara kamu yang yang lebih baik
amalannya". Kemudian berkata seorang abadi bernama Abdul Rahman al Suda
" yang dimaksudkan dengan orang yang paling banyak mengingat kematian itu
ialah orang yang mempunyai persiapan paling baik dan yang paling takut kepada
penciptanya". Menurut Ijma' para Ulama ASWJ, maksud hadis Nabi berkenaan
"Selalulah kamu mengingati sesuatu yang dapat melenyapkan
nikmat-nikmat" adalah sebuah ungkapan yang ringkas tetapi penuh dengan
pesanan dan nasihat. Orang-orang yang selalu mengingat kematian akan sedar akan
hakikat nikmat sebenar yang sedang dirasai dikala hidupnya sehinggakan dia
tidak banyak berharap nikmat itu kekal bersamanya selama-lamanya kerana ia
boleh ditarek semula oleh Maha Pencipta Nikmat itu pada bila-bila masa sahaja.
Kemudian ia bersikap zuhud terhadap apa yang diharapkan daripadanya, iaitu ia
mengenal benar mengapakah nikmat itu hadir, yang diberi oleh Allah swt kepada
dirinya maka ia mempersiapkan diri dengan banyak amalan dan sunat untuk
menyambut kedatangan kematiannya pula.
Manakala manusia yang
berhati lalai itu pula amat perlukan nasihat yang terperinci dan pengajaran
yang panjang. Jika sesorang mukmin itu mendengar Sabda Baginda Rasullah saw
"Selalulah kamu mengingati sesuatu yang dapat melenyapkan
nikmat-nikmat", kemudian ia pula menbaca al Quran didalam surah Ali Imran
ayat 185, firman Allah yang mafhumnya "Tiap - tiap jiwa itu akan merasakan
kematian", sudah tentu bergoncang jiwanya, keluh kesah hati dan
perasaannya, tidak lelap matanya kerana takut teramat sangat akan azab Allah
pada Sharakatulmaut dan seksaan seterusnya itu tampa henti diAlam Barzah dan
Akhirat nanti. Sehingga disuatu ketika Allah "matikan" ia beberapa
ketika dan "memperlihatkan" kepadanya semua amal perbuatannya dari ia
dilahirkan hingga kehari itu (seperti wayang gambar) kemudian didatangkan
Malaikat Maut Izraail dengan wajah mengerunkan dengan segala persoalannya yang
sudah tentu tidak dapat dijawabnya. Begitulah Allah datangkan pengajaran kepada
mereka yang dikehandakiNya supaya mereka sedar dan insaf akan perbuatan mereka
kemudian berubah menjadi mukmin yang taat.
Amirul mukminin Umar
ibnu al Khathab selalu membaca bait syair ini,
"Tidak ada suatu
pun yang kamu lihat germerlapan itu kekal abadi, kerana yang abadi itu hanya
Allah. Harta dan anak-anak mu juga akan lenyap. Hurmuz (Qarun) pada suatu hari
juga tidak perlukan lagi harta kekayaannya. Kaum 'Aaad juga pernah ingin kekal
abadi... tetapi gagal. Begitu juga Sulaiman as, pengandali angin, manusia, jin
dan semua binatang, Raja terkaya dunia... mana dia raja yang dahulu pernah
menjadi manusia paling berjaya dimuka bumi ini ???... diakhirat kelak semua
akan tunduk dan tidak mampu berbohong...."
Daripada keterangan
diatas, maka ketahuilah oleh mu bahawa mengingati kematian itu adalah perbuatan
Sunnah yang akan menimbulkan perasaan cemas dan takut untuk meninggalkan
kehidupan dunia yang fana ke Alam Akhirat yang kekal abadi. Jika sesorang yang
sedang berhadapan penderitaan hidup yang keras, dengan mengingat akan kematian
maka dia akan tenang kerana kematian itu jauh lebih keras penderitaannya.
Manakala mukmin yang sedang menikmati dunia akan menjadikan ia tidak lupa diri
dengan mengingat kematian. Perhatikan bait syair ahli abadi ini,
"Ingatlah
kematian yang akan melenyapkan seluruh kenikmatan, bersiap sedialah menghadapi
kematian yang pasti akan hadir kepada mu".
"Ingatlah
kematian... nascaya kamu akan mendapat nikmat mengingat kematian. Ingat akan
kematian akan dapat mematahkan angan-angan kosong".
Semua telah bersetuju
bahawa kematian itu tidak mengenal umur, masa atau penyakit tertentu. Ini
bermaksud supaya manusia semua bersedia untuk menghadapi kematian. Dahulu ada
seorang abadi yang alim dikota Madinah yang saban hari akan menaiki bangunan
tinggi disana dan berseru (berteriak) "... Ayoh berangkat.... Ayoh
berangkat" pada suatu ketika tiada lagi kedengaran suara seruannya itu
maka ditanya oleh Wali Kota Madinah mana perginya seruan itu, setelah
diberitahu akan kematiannya beliau pun berkata " Dia yang setiap malam
berseru supaya mengingat kematian dimana semua unta-unta juga turut gementar
dipintu rumahnya... sekarang telah meninggal dunia !...tiada lagi ketakutan
kepada yang tiada ingat akan kematian ". Seorang Waliallah bernama Yazid
ar Raqasyi pernah dilihat selalu berkata-kata kepada dirinya serta
memukul-mukul badannya "Yazid...Yazid.. celakalah kamu, setelah kamu mati
nanti siapa yang mahu solat atas namamu (bagipihak kamu) ?... siapa yang sudi
berpuasa atas namamu ?... dan siapa pula yang bersedia meminta keridhaan Allah
untuk mu ?".... " Wahai manusia, kenapa tidak kamu menangis meratapi
sisa hidup kamu yang tinggal beberapa waktu cuma ??? Kamu akan dijemput Maut
dan menantimu kuburan yang beralaskan tanah dan bertemankan cacing
-cacing..." Gementar tubuhnya dek cengkaman rasa takut teramat sangat,
pucat lesi wajahnya lalu Yazid pun meraung menangis hingga jatuh pengsan.
Khalifah Omar bin
Abdul Aziz pernah mengumpulkan para Ulama-ulama dan mereka bercerita tentang
mengingati kematian, kiamat dan akhirat. Disaat tertentu mereka akan meraung
menangis seolah-olah kematian orang yang mereka cintai. Berkata at Taimi
(seorang cendiakawan Islam) "Ada dua hal yang pasti akan melenyapkan
kenikmatan dunia dariku, iaitu ingat kematian dan ingat ketika berada dihadapan
Allah swt ". Kata Abu Na'im "Jika Sufian at Tsauri mengingat
kematian, berhari-hari ia akan kelihatan sangat sedih, wajahnya murung. Setiap
kali ia ditanya tentang sesuatu pekara, ia hanya akan menjawab "tidak
tahu... tidak tahu " (menjadikan dirinya kebas, alpa dan kosong ). Berkata
Asbatah..." suatu hari Nabi mendengar beberapa orang sahabatnya sedang
memuji-muji kehebatan seseorang. Nabi lalu bertanya kepada mereka "Adakah
ia selalu mengingati kematian ? ", mereka menjawab " Tidak "...
Maka Nabi bersabda " Maka ia tidak sehebat yang kalian katakan !".
Berkata pula Ad Daqqaq
(ahli fikir dan flasafah Islam) " Barang siapa selalu ingat kematian, ia
akan dimuliakan dalam 3 pekara. Iaitu cepat bertaubat, hatinya menjadi Qana'ah
(redha akan pemderian Allah) dan bersemangat untuk beribadat... barang siapa
yang lupa akan kematian, ia akan diberi seksa dalam 3 pekara, iaitu lambat
bertaubat, tidak puas dengan pemberian Allah dan malas beribadah". Oleh
itu hendaklah kamu semua memikirkan soal kematian dirimu sendiri, jangan kamu
fikir kematian itu hanya akan datang kepada orang lain. Apabila ia telah amat
hampir kepada mu baharulah kamu rasa tertipu dengan nikmat dan keindahan dunia
yang fana ini. Segala-galanya akan diperlihatkan kepada mu dengan jelas sekali.
Kematian pasti akan hadir jua pada mu walau sejauh mana kamu ingin lari
darinya. Ia adalah hakim yang adil, ia adalah tangisan, ia juga perpisahan dan
pelenyap kepada semua kenikmatan dunia. Kematian adalah pemutus segala harapan
dan angan-angan. Pernakkah kamu memikirkan akan kematian dirimu sendiri ??? Ia
adalah saat perpisahan dari tempat kamu didunia yang luas kepada liang lahad
yang sangat sempit, saat tiada lagi kawan-kawan yg selalu berhibur bersamamu,
mereka menghianati mu tampa dapat kamu berbuat apa-apa, saat perpisahaan dari
saudara mara, sahabat taulan, malah keluarga kamu yang tercinta. Saat kamu
mengantikan pakaian mewah mu dengan kafan, pakaian tanah yang kotor.
Wahai orang yang
selalu mengumpulkan kekayaan dan berlawan untuk mendirikan bangunan pencakar
langit. Disaat itu kamu sudah tidak punya daya upaya dan harta kekayaan mu itu
tidak dapat menolong mu. Kamu hanya berteman kain kafan yang bakal akan rosak
sedikit masa nanti. Tubuh mu yang kamu belai saban hari akan hancur dimakan
bumi. Dimanakah harta yang kamu kumpulkan itu ??? Ia menjadi pertelagahan,
pergaduhan semua waris mu yang tidak tahu berterima kasih kepada mu. Malahan
memaki hamun kepada mu sepanjang hari. Lalu kamu ajukan semua dosa-dosa mu
kehadrat Allah swt yang sudah tentu tidak akan menerima akan semua
alasan-alasan kamu. Sesuai dengan firmanNya didalam surah al Qashash ayat 77
yang mafhumnya " Carilah pada apa yang telah dianugrahkan Allah kepadamu
(kebahagiaan) negeri Akhirat...". Amat bijak jika seseorang itu memahamkan
ayat ini dengan berkata "Carilah olehmu syurga di negeri Akhirat pada apa
yang telah Allah kurniakan kepadamu semasa di dunia". Ia bermaksud
sesorang manusia harus mengurus pekara dunia untuk akhiratnya bukan sebaleknya.
Janganlah kamu lupa bahawa kamu akan meninggalkan keseluruhan hartamu dan akan
hanya dibaluti dua lapis kain kafan sahaja. Seorang penyair Islam bermadah...
"Bagaian dari
seluruh harta yang telah kamu kumpulkan sepanjang hidupmu, hanyalah dua lapis
kain kafan yang membungkus tubuhmu dan sebutir ubat pengawet (kapur
barus)."
"Adalah sifat
Qa'anah (redha) yang biasa kamu carikan gantinya, disitu ada banyak kenikmatan,
disitu ada yang dapat menyenangkan badan... lihat, orang yang paling kaya
didunia sekalipun, adakah ia akan diusung kekuburan tampa kain kafan ???".
Yang dimaksudkan
dengan sabda Nabi saw dengan sabdanya yang bermaksud "Orang yang bijak
adalah orang yang selalu meneliti dirinya sendiri " Ia bermaksud orang
yang bijak adalah orang yang suka musahabah dirinya, memandu hawa nafsunya
dengan mudah untuk beribadah kepada Allah serta beramal untuk persediaan
akhirat nanti. Kemudian ia akan pula meneliti dirinya dan mempergunakan masa
dan waktu yang masih ada untuk ibadah dan amal-amal soleh. Itulah bekalan utama
rohani bagi setiap manusia untuk menuju kealam akhirat yang kekal abadi.
Manakala manusia yang tertipu ialah mereka yang lalai dan asyik dengan nikmat
dunia serta berbuat dosa tampa meninggalkan satu amal kebijikan pun, tetapi
berkata " aku telah berbaik sangka kepada Tuhanku". Sudah nyata
sekali ia berbohong terhadap Allah kerana berbaik sangka itu bermaksud
mengerjakan amal kebajikan kehadrat Allah semasa didunia. Maka dibawanya pula
beberapa ayat sebagai nas akan perbuatannya itu yang terang-terang tidak
memehak kepadanya, malahan ia dianggap penipu dan pembohong.
Berkata Sa'id bin
Jubir "Yang dimaksudkan menipu Allah itu ialah jika seseorang yang
melakukan maksiat dan dosa-dosa besar tetapi berkeras kepala mengharapkan
keampunan Allah". Manakala didalam peristiwa yang lain pula, Baqiyah ibnu
Walid mengatakan, "Abu Umairah ash Shuri berkiram surat dengan temannya
yang isinya menyebutkan, "Amma ba'du, Selama ini kamu hanya memikirkan
dunia, masih saja mengharapkan Allah dengan perbuatanmu yang buruk itu. Ia
samalah dengan perbuatan mengetuk besi yang sejuk , sekian wassalam ".
Maka diharap kalian semua dapat pengajaran dari riwayat dan sirah ini
Komentar
Posting Komentar