MAJELIS 7-8 Sesiapa yang mengucapkan Lailaha illallah 70 000 kali,Allah akan merdekakan dari api neraka.
Ini adalah kisah
pengalaman Abu Yazid Al-Qurtubi dalam buku untaian kisah para wali Allah. Ada
hadis yang menerangkan bahawa barangsiapa yang menbaca La-ilaha illallah
sebanyak 70,000 kali, akan menjadi tebusan baginya dari api neraka. Abu Yazid
Al-Qurtubi telah mendengar akan hadis itu, maka beliaupun menyakini dan dan
beramal dengannya. Beliau telah membaca La-ilaha illallah 70,000 kali untuk
dirinya, 70,000 kali untuk ibunya, 70,000 kali untuk ayahnya dan lain-lain
keluarganya juga dibacakannya masing-masing 70,000 kali. Disamping itu beliau
juga telah mengerjakan amal-amal soleh yang lain sama ada yang sunat apalagi
yang wajib sebagai pelaburan untuk akhirat.
Dikampung Abu Yazid
ada seorang pemuda soleh yang kata orang dia ahli kasy-syaf dapat mengetahui
perkara-perkara batin dalam waktu-waktu tertentu. Bahkan adakalanya dia
menerangkan perkara-perkara batin dalam waktu-waktu tertentu. Bahkan adakalanya
dia menerangkan perkara-perkara yang berkenaan dengan syurga dan neraka. Orang
ramai mengakui kekeramatan dan kelebihan pemuda itu walaupun dia masih muda
kerana sudah banyak terbukti kebenarannya. Abu Yazid juga mengakui akan
keistemewaannya. Pada suatu hari dikampung itu ada seorang yang mempunyai
hajat. Dia telah menjemput orang ramai agar datang kerumahnya untuk membaca doa
selamat dan jamuan makan minum bersama. Maka ramailah yang datang termasuk Abu
Yazid Al-Qurtubi dan pemuda kasy-syaf itu juga hadir sama. Apabila bacaan doa
telah selesai, jemaah dijemput makan, maka mulailah mereka makan sambil berbual
perkara-perkara agama. Tiba-tiba pemuda kasy-syaf itu berteriak kuat, sehingga
menyebabkan semua orang yang hadir berhenti makan dan melihat kedanya. 'Wahai
Pakcik! Wahai Pakcik......' kata pemuda itu. 'Ada apa, ada apa?' kata orang
ramai. 'Ini dia ibuku.' katanya sambil menunjuk dengan tangannya dan menangis.
'Mana..mana?' 'Didalam neraka.' katanya lagi, lalu menangis kuat-kuat. Orang
yang hadir kasihan mendengar tangisnya, namun mereka tidak boleh berbuat
apa-apa kerana dia adalah perkara ghaib.
Abu Yazid Al-Qurtubi
sangat kasihan melihat pemuda itu. Dia teringat akan bunyi hadis tentang
la-ilaha ilallah 70,000 kali. Sekarang dia ingin membuktikan kebenaran hadis
itu. Allah mengilhamkan kepadanya agar dia membaca kalimah Tauhid itu sebanyak
70,000 kali dan menghadiahkannya kepada si ibu pemuda yang katanya ada didalam
neraka. Maka dengan senyap-senyap dia mengerakkan bibirnya membaca
la-ilahaillallah sehinga tujuh puluh ribu kali. Tak ada seorang pun yang
menyedari apa yang dilakukan oleh beliau, kecuali Allah saja yang tahu. Setelah
selesai dia berkata dalam hatinya : 'Hadis adalah benar dan orang-orang yang
meriwayatkannya adalah benar belaka' Kemudian dia berdoa :'Ya Allah
sesungguhnya bacaanku tujuh puluh ribu la-ilaha illallah ini aku hadiahkan
kepada ibu pemuda ini sebagai penebusnya dari neraka.' Belum habis dia membaca
doa , tiba-tiba sipemuda telah tersenyum gembira sambil berkata : 'Wahai
Pakcik, ibu ku telah keluar dari neraka. Alhamdulilahi rabbilalamin'.
Abu Yazid sangat kagum
akan kemujaraban kalimah tauhid itu. Sekarang dia bertambah yakin akan
kebenaran hadis yang diamalkannya, dan beliau tidak bosan-bosan membaca
la-ilaha illallah sebanyak-banyaknya kerana telah menyaksikan sendiri akan
hasilnya. Dia juga menyuruh orang lain agar mengamalkan apa yang beliau
amalkan. Dia bersyukur kepada Allah kerana telah mengilhamkannya agar membaca
la-ilaha illallah ketika si pemuda kasy-syaf menjerit itu. Radiallahuanhum.
Saya bangga nama saya Yazid Al Qurtubi
BalasHapus